top of page

Garis panduan pelaksanaan RUU Anti Gangguan Seksual mesti disegerakan - Fadhlina



Wanita KEADILAN mengalu alukan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual di Dewan Rakyat yang telah sampai ke tahap bacaan kali kedua.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, pembentangan RUU itu adalah kejayaan Pakatan Harapan selepas ia didraf pada waktu kerajaan PH berkuasa dan selepas perjuangan advokasi melebihi dua dekad oleh NGO sivil.


Bagaimanapun Wanita KEADILAN, kata Fadhlina menuntut agar garis panduan segera dikeluarkan selepas kelulusan agar akta tersebut boleh segera dikuatkuasakan.


"Wanita KEADILAN cukup komited dengan agenda perlindungan wanita dan menuntut agar Garis Panduan untuk menangani gangguan seksual ini disegerakan selepas rang undang-undang diluluskan

"Garis Panduan ini cukup penting sebagai unjuran pelaksanaan Undang-undang tersebut untuk diterjemahkan dalam bentuk komitmen dan penguatkuasaan dalam masyarakat negara ini kelak," katanya dalam kenyataan.


Dalam masa sama, kata beliau, Wanita KEADILAN juga akan meneruskan program-program pendidikan dan kesedaran awam bersama NGO-NGO pemegang taruh yang lain ke seluruh negara.


Hal itu katanya, bagi memastikan kesedaran awam tentang undang-undang berkaitan gangguan seksual tersebut bnar benar dimaklumi masyarakat, khususnya golongan wanita.


"Saya juga menjemput semua parti-parti yang lain untuk bekerjasama dengan Wanita KEADILAN merentas kepartian dalam usaha mendidik dan memberikan kesedaran tinggi terhadap masyarakat awam dalam menangani isu gangguan seksual," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page