top of page

Garis panduan buli, gangguan seksual institusi pendidikan dilancarkan



Kementerian Pendidikan (KPM) pada Jumaat melancarkan Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan .


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu bagi menjelaskan tatacara pengurusan yang betul dalam menangani kedua-dua tingkah laku tersebut.


Pada masa sama, garis panduan itu turut menjelaskan mengenai peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN); Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); sekolah; agensi awam dan swasta dalam mendepani isu berkenaan.


"Jadi, kita doakan dan berikan sepenuh komitmen bagi melaksanakan kedua-dua garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.


"Apa yang menjadi keutamaan kita adalah teras utama yang kita sebut sebagai ‘karamah insaniah’ ini dapat kita terapkan dalam penumpuan garis pelancaran ini untuk memelihara ‘human dignity’ atau maruah manusia dan penindasan terhadap maruah ini tidak akan berlaku lagi dalam ekosistem sekolah kita.


"Ini komitmen besar dan sebab itu juga saya sebut bahawa tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM iaitu ‘buli, gangguan seksual dan perkauman’ ini tidak akan kita kompromi dalam KPM. Insya-Allah, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan garis panduan ini dengan kerjasama semua pihak," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnyaditemuai pemberita selepas merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik yang diadakan serentak bersama pelancaran kedua-dua garis panduan itu di Sekolah Menengah (SM) Sains Tun Syed Shahabudin, di Bukit Mertajam pada Jumaat.


Mengulas lanjut katanya, garis panduan bagi kedua-dua salah laku itu akan digunakan di semua institusi pendidikan di bawah KPM yang bukan sahaja membabitkan sekolah, namun turut meliputi kolej matrikulasi, kolej vokasional, institut pendidikan guru (IPG) dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page