top of page

Gantung sekolah pelajar tidak ikuti PdPR tidak berperikemanusiaan - Nurin Aina


Cadangan untuk menggantung persekolahan pelajar yang tidak mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dalam situasi pandemik Covid 19 ketika ini.


Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina berkata, cadangan seperti itu tidak wajar dilontarkan di tengah-tengah suasana pendemik yang belum berakhir ditambah pula lockdown yang tidak membolehkan ketua keluarga mencari rezeki.


Katanya, Kementerian Pendidikan harus mengkaji punca pelajar tidak mengikuti PdPR. Terdapat kekangan dari segi peranti, caj internet dan malah capaian internet yang perlu diambil kira.


"Menyelusuri kehidupan rakyat berdepan pandemik ini benar-benar menyentuh hati. Keperitan pencari nafkah utama keluarga benar-benar teruji. Mereka yang bekerja gaji hari, penjaja kecil, kerja kontrak, bekerja sendiri, apa jua pekerjaan yang tidak dikategorikan sebagai essential services terpaksa 'bercuti' meskipun itulah satu-satunya punca rezeki.


"Keluarga besar serta bilangan anak yang ramai bersekolah pula menuntut kelengkapan peranti dan capaian internet yang masih jauh dari jalan penyelesaian.


"Warga pendidik telah berusaha sehabis daya. 150,000 komputer riba yang dijanjikan bukan sahaja jauh dari peratus sebenar keperluan pelajar yang berjuta tetapi terlalu lambat serahannya kerana setakat 12 Jun hanya sejumlah 40,290 komputer riba telah diserahkan


"Pernahkah Menteri melihat anak-anak kita berebut peranti kedua ibu bapa mereka, terpaksa menanti giliran adik beradik yang lain selesai kelas, terpaksa tidak hadir kelas kerana bertembung jadual kelas online akibat bilangan peranti yang mereka punyai terhad.


"Adakalanya terberhenti sesi pembelajaran kerana kekurangan isian semula tambah nilai (top-up). Meskipun cuma RM5 atau RM10 untuk isian semula namun bagi mereka yang telah lama terputus mata pencarian, nilai tersebut amat besar, melebihi harga sekilo beras," kata Nurin dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat itu mencadangkan Menteri Pendidikan merujuk kajian yang dibuat Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bertajuk Covid-19 dan Ketidakseimbangan Pembelajaran yang mendedahkan 37 % daripada 900,000, iaitu sejumlah kira-kira 333,000 murid tidak memiliki alat peranti sesuai untuk PdPR.


Soalnya, dalam keadaan ketiadaan peranti bolehkah pelajar dipersalahkan?


"Situasi ini bertambah buruk dengan isu capaian internet yang masih bermasalah di kawasan pedalaman dan terpencil. Situasi pembelajaran sebegini bukan sahaja tidak menyediakan anak-anak kita secara fizikal dan mental untuk menghadapinya, bahkan ramai antara mereka mula 'give-up' atau menyerah kalah sebelum waktunya.


"Cabaran ini mungkin kecil buat orang dewasa tetapi hakikatnya sangat besar untuk anak-anak. Tegakah kita menghukum gantung sekolah anak-anak yang tidak hadir PdPR kerana kegagalan kerajaan menyediakan keperluan asas pendidikan?


"Pada saya, Menteri lah yang harus digantung tugas kerana kegagalan menyelami permasalahan dan menetapkan strategi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang sistem pendidikan. Pendidikan seharusnya memanusiakan manusia, memuliakan jiwa bukannya membodohkan atau memiskinkan manusia," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page