top of page

Gantung operasi: Notis singkat MyAirline sangat dikesali



Notis singkat yang diumumkan oleh syarikat penerbangan tambang murah MYAirline untuk menggantung operasi penerbangannya sangat dikesali.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, syarikat penerbangan tersebut seharusnya membuat pengumuman dalam tempoh masa yang lebih lama supaya penumpang yang telah membeli tiket penerbangan mudah menjadual semula perjalanan mereka.


"Penutupan MYAirline secara mengejut menyukarkan ramai pengguna. Penumpang yang sudah membeli tiket terpaksa berbelanja semula dan mengatur semula jadual bagi meneruskan perjalan ke destinasi tertentu.


"Pihak syarikat sepatutnya memberi notis lebih awal supaya pengguna boleh merancang semula perjalan mereka. Bagi yang hanya bertujuan melancung mungkin tidak terkesan sangat, tetapi bagi yang bertujuan lain, seperti mesyuarat, urusan perniagaan dan urusan temujanji perubatan, sudah tentu menghadapi masalah," katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Menurut Abang Zulkifli, Suruhanjaya Penerbangan dan Kementerian Pengangkutan perlu membuat siasatan rapi dan mengambil tindakan terhadap Syarikat serta Lembaga Pengarah MYAirline yang sepatutnya memikul tanggungjawab.


Katanya, Suruhanjaya Penerbangan tidak boleh berlepas tangan. Kepentingan awam harus terus dipelihara dan penjelasan harus dibentang dengan telus.


Manakala pada masa hadapan, kata Abang Zulkifli, kerajaan perlu meneliti lebih berhati hati sebelum meluluskan sebarang lesen syarikat penerbangan.


"Di masa hadapan Kerajaan disaran supaya meneliti dengan lebih cermat sebarang permohonan untuk mebuka operasi syarikat penerbangan tambang murah. Pastikan kekuatan kewangan dan latarbelakang permohonan itu benar-benar berkelayakan," katanya.


Bagaimanapun, jelas beliau, isu utama dalam penggantungan operasi MYAirline ialah kebajikan terhadap pekerjanya yang mesti dibela oleh kerajaan.


"Kita bersimpati dengan para pekerja MYAirline. Sudah pasti mereka berhadapan dengan masalah. Pihak Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO disaran bertindak cepat mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh di beri. Sudah semestinya mereka mempunyai komitmen kewangan yang perlu diselesaikan.

"Pihak pekerja pula, mereka berhak melaporkan dan menuntut apa yang sepatutnya berdasarkan undang undang.


"Semoga masalah yang timbul ini dapat segera diselesaikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page