top of page

Ganti tiang lampu harga melambung: DBKL nafi beri SCIB kontrak, bolehkah kontrak disubcon?



Warga kota Kuala Lumpur tertanya tanya apakah sebenarnya berlaku antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) yang didakwa mendapat kontrak menggantikan 200 tiang lampu di ibu negara dengan nilai RM30.75 juta melalui Ennova Sdn Bhd.


Hal itu bertambah rumit apabila DBKL semalam menafikan mereka mengeluarkan kontrak kepada SCIB sebagaimana dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kelmarin.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, DBKL sepatutnya memberi penjelasan menyeluruh dalam hal itu dan tidak membiarkan rakyat berteka teki mengenai urusan kontrak dan tender mereka.


"Lima hari lalu, timbul berita kontrak RM30 juta diberi kepada syarikat SCIB oleh untuk ganti 200 tiang lampu DBKL.


"Kemudian Lim Lip Eng bangkitkan persoalan bagaimana kontrak ini diberi pada harga RM153,000 untuk satu tiang lampu.


"Tapi DBKL semalam menafikan pemberian apa-apa kontrak kepada syarikat SCIB.


"Jadi apa yang sebenarnya berlaku? Adakah syarikat Ennova (syarikat yang diberi kontrak) dibenarkan subcon kerja ganti tiang lampu DBKL kepada SCIB, berdasarkan syarat-syarat kontrak Ennova-DBKL?" tanya Fahmi.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggesa DBKL menjelaskan kos sebenar yang ditetapkan dalam dokumen kontrak yang dikeluarkan kepada syarikat Ennova Sdn Bhd sebelum ini.


Katanya, mengapakah DBKL tidak terus membayar kepada syarikat yang membuat kerja dan mungkinkah penyerahan kontrak kepada syarikat lain menyebabkan peningkatan kos.


"Berapa jumlah sebenar yang dibayar DBKL kepada Ennova untuk tukar 200 tiang lampu ini?


"Kalau bukan Ennova yang buat kerja ni, kenapa DBKL tidak bayar terus kepada SCIB? Kenapa beri kontrak kepada Ennova kalau bukan Ennova yang buat kerja?


"Adakah dengan membayar terus kepada syarikat yang benar-benar buat kerja akan mengurangkan kos dan beri penjimatan kepada rakyat dan pembayar cukai Kuala Lumpur?" katanya lagi.


Sebelum ini, dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, dilaporkan media tempatan bahawa SCIB memberitahu kontrak yang diperoleh pihaknya adalah untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian 200 unit tiang lampu di Kuala Lumpur.


Hal itu menjadi tular kerana kos sebatang tiang lampu mencecah RM153,750 seunit.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page