Gangguan LRT: Kerajaan tidak serius tingkatkan penggunaan pengangkutan awam



Gangguan perkhidmatan sistem Aliran Rel Ringan (LRT) selama tujuh hari bermula 9 November sehingga 15 November ini di 16 buah stesen meresahkan warga kota Kuala Lumpur.


Bagi calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan Wangsa Maju, Zahir Hassan, gangguan yang menyebabkan 1.4 juta penumpang mengalami kesukaran pergi dan pulang kerja selama seminggu itu tidak wajar berlaku setelah kerajaan melabur begitu besar dalam projek pengangkutan berasaskan rel berkenaan.


"Alasan yang diberikan oleh RapidRail terhadap kerosakan peranti elektronik ATC yang mengakibatkan perjalanan rel terganggu saya anggap sebagai alasan yang tidak lengkap dan separuh masak. Punca kerosakan peranti elektronik ATC dan dapatan bagi semakan rutin penyelenggaraan yang dilakukan termasuk terhadap peranti ATC perlu turut didedahkan dan diperjelas.


"Tambahan pula, LRT telah mengalami pelbagai gangguan teknikal yang serius sekurang kurangnya lima kali dalam satu tahun kebelakangan ini, termasuklah insiden kecederaan serius ratusan penumpang LRT pada 24 Mei 2021. Adakah rutin penyelenggaraan yang dilakukan selama ini tidak dapat mencegah atau sekurang-kurangnya mengenalpasti kerosakan serius yang boleh dipralihat ketika itu, yang sudah berlaku hari ini ?


"Lebih ironinya, Perdana Menteri Sementara Ismail Sabri Yaakob baru melancarkan Dasar Tenaga Negara dua bulan lalu yang salah satunya menyasarkan sasaran 50% kadar penggunaan mod pengangkutan awam menjelang tahun 2040," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zahir lagi, kerajaan dalam hal berkenaan perlu memberi fokus menyeluruh kepada pelan pemulihan segera kerosakan perkhidmatan LRT pada masa hadapan.


Katanya, pelan persediaan yang rapi itu perlu diwujudkan bagi mengelakkan perkhidmatan LRT terus terganggu.


"Untuk menyelesaikan permasalahan sistemik berkaitan pengangkutan awam yang cekap, khususnya penggunaan rel di kawasan Lembah Klang, kerajaan perlu memberi fokus kepada kebergantungan (reliability) dan ketersampaian (connectivity) pengangkutan awam, khususnya rel.


"Tatkala penjelasan daripada pihak Rapid Rail tiada permasalahan jumlah peruntukan diterima terhadap kerosakan yang berlaku ini, keseriusan kerajaan terhadap keupayaan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan rel supaya segala kerosakan yang boleh dipralihat (foreseen) yang mengganggu kekerapan dan penyediaan perkhidamatan rel dielakkan seolah-olah tidak diberi penekanan serius.


"Ini sekali gus sukar untuk bukan sahaja untuk meningkatkan kebergantungan (reliability) pengguna terhadap perkhidmatan rel, malah sukar untuk mengekalkannya," kata beliau lagi.


Oleh itu, Zahir berharap agar gangguan LRT kali ini akan segera diatasi dan bas alternatif akan lebih banyak disediakan oleh pihak kerajaan BN - PN yang menjadi kerajaan peralihan pada waktu ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER