top of page

Gangguan berkala air Selangor: 98% bekalan air pulih - MB

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 16, 2021
  • 1 min read


Gangguan berkala bekalan air di Selangor selesai sepenuhnya hari ini dan berjaya menepati jadual asal.


Menurut menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kerja-kerja penggantian aset air berjaya dilakukan lebih capat daripada dijangkakan dan membolehkan pengagihan bekalan pulih mengikut jadual asal, iaitu gangguan selama 3 hari sahaja.


"Setakat jam 6:00 pg 16 Okt 2021. Pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 98%," katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.


Merujuk maklumat disediakan Air Selangor Sdn Bhd, daerah Hulu Selangor, Shah Alam, Petaling, Gombak, Hulu langat dan Kuala Selangor mencatat agihan bekalan 100% atau pulih sepenuhnya.


Manakala Kuala Lumpur 95% dan Klang 89.4%.


Gangguan akan pulih untuk kesemua daerah pada petang ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page