top of page

Gangguan bekalan: Firdaus bertemu SADA pastikan bekalan air mencukupi



Oleh: Abdullah Zaid

Keluh kesah penduduk di Taman Murni yang mengalami masalah bekalan air dibawa oleh Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar atas, kanan) ke pengetahuan pihak Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), semalam.


Dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Operasi SADA, Zulazni Mohd Noor, Firdaus mengutarakan masalah gangguan bekalan air melibatkan 250 buah rumah sepanjang bulan Ramadan yang jelas akan memberi kesan besar kepada penduduk dalam melakukan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.


Firdaus berharap pengurusan SADA dapat melakukan sesuatu bagi memastikan bekalan air melalui lori tangki dihantar ke semua kawasan terjejas termasuk ke rumah kedai sesegera mungkin.


"Turut bersama saya ialah Abdullah Junid (Pak Ngah), Pengerusi Badan Kebajikan Penduduk Islam Taman Murni dan Puan Che Khalijah binti Othman, Pengerusi KRT Taman Murni yang mewakili penduduk Taman Murni.


"Dalam pertemuan hampir sejam itu, pelbagai cadangan dan pandangan telah disampai dan dibincangkan bersama Tuan Hj Zulazni terutama berkaitan jadual penghantaran bekalan air kepada para penduduk.


"Semoga segala usaha dan hasil perbincangan ini memberikan kebaikan buat semua penduduk di Taman Murni, Gurun," katanya yang juga mantan calon KEADILAN DUN Gurun pada pilihan raya negeri lalu.


Pihak SADA mendengar sendiri masalah dan kesukaran penduduk akibat gangguan bekalan

Untuk rekod, masalah bekalan air di Taman Murni dan beberapa tempat di DUN Gurun telah berlarutan lama. Kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air di kawasan itu yang dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri menyebabkan gangguan bertambah buruk.


Manakala lori tangki yang membekalkan air tidak menghantar bekalan mengikut keperluan penduduk.


Kesannya, terdapat penduduk yang terpaksa menggunakan air sungai, menumpang di rumah saudara atau ke kemudahan rehat dan rawat di lebuh raya berhampiran untuk mandi atau menyelesaikan keperluan harian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page