top of page

Gangguan bekalan air: Pusat Khidmat DUN bantu tangani masalah



Oleh: Abdullah Zaid


Gangguan bekalan air terawat secara berjadual dijangka akan berlaku mulai 10 hingga 14 Januari 2024 di DUN Batu Uban, Pulau Pinang.


Dalam tempoh itu, Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru akan menyediakan 10 tangki air dan satu ‘flexi tanker’ di lokasi yang bersesuian di DUN tersebut.


Bagi ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam (gambar, kiri), Pusat Khidmat DUN beliau juga akan turut membantu menyediakan maklumat terkini di Facebook dan Whatsapp group serta menggantung banner di seluruh Kadun Batu Uban memaklumkan perihal gangguan bekalan air itu.


Katanya, pada 11 Januari ini Pusat Khidmat DUN Batu Uban juga akan menyediakan 1 lori tangki air dengan kapasiti 4000 gelen untuk membantu kawasan penduduk yang terjejas.


"Kami juga mendapatkan dua tangki daripada Bomba Sukarelawan (PBS) bagi memberi keutamaan kepada sekolah, klinik kesihatan, rumah ibadat, USM (Universiti Sains Malaysia), penduduk warga emas mahupun agensi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Kumaresan menasihatkan penduduk untuk menyimpan air bagi memastikan bekalan terus mencukupi.


"Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN juga akan mengedarkan risalah untuk menasihatkan orang ramai menyimpan air secukupnya," kata beliau.


Selain itu, katanya, pihak MPKK, JPWK dan JBPP akan membantu untuk menyalaraskan kawasan-kawasan yang kritikal dan memerlukan bantuan tambahan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page