top of page

Gangguan air: Usaha Penyelaras DUN Gurun membuahkan hasil, tindakan susulan SADA



Oleh: Abdullah Zaid


Keluh kesah penduduk di Taman Murni yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu reda susulan pertemuan Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari dengan pihak Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bagi membincangkan bantuan agihan air menggunakan lori tangki membuahkan hasil.


Wakil Penyelaras DUN tersebut mengesahkan lori tangki air telah dihantar ke kawasan terjejas sehari sebelum Aidilfitri.


"Sehari sebelum raya lori jambo ada hantar bekalan melalui lori-lori kecil untuk diagihkan ke kawasan perumahan.


"Selain itu, pihak SADA juga ada menyediakan tangki air di masjid untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk yang terjejas," kata wakil penyelaras DUN yang dikenali sebagai Pak Din kepada Suara Keadilan.


Sebelum ini. Firdaus dalam pertemuan dengan pihak pengurusan SADA menggesa operator air itu menghantar lori tangki ke kawasan terjejas termasuk 250 buah rumah penduduk dan rumah kedai.


Selain Taman Murni, beberapa tempat di DUN Gurun turut mengalami gangguan bekalan ekoran kelewatan pembinaan Logi Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau oleh agensi Kerajaan Negeri.


Manakala lori tangki, rungut penduduk, tidak menghantar bekalan mengikut waktu ditetapkan atau menepati keperluan penduduk.


Kesannya, terdapat penduduk yang terpaksa menggunakan air sungai, menumpang di rumah saudara mara atau ke kemudahan rehat dan rawat di lebuh raya berhampiran untuk mandi atau menyelesaikan keperluan harian.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page