top of page

Gangguan air Kedah: Firdaus bertemu SADA pastikan bekalan air di Aidilfitri



Bekalan air di beberapa daerah di Kedah terganggu pada musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Salah satu kawasan yang mengalami gangguan bekalan adalah DUN Gurun.


Sehubungan itu, Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, kiri) mengambil inisiatif bertemu pihak pengurusan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) di Alor Setar semalam bagi tujuan memastikan bekalan air melalui lori tangki dihantar untuk memudahkan umat Islam menyambut hari raya.


"Kami telah bertemu dengan En Kamal Khamis, Pengurus Jabatan Pengguna dan Puan Rawaida Ramli, Bahagian Pengguna bagi menyampaikan aduan dari penduduk setempat di sekitar Gurun dan cadangan penyelesaian untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Pengguna air ucap terima kasih atas bantuan Firdaus

"Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, SADA memaklumkan bahawa mereka telah menyediakan perancangan Pelan Kontigensi Perayaan 2023," kata Firdaus dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, jelas Firdaus, pihak SADA akan membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang diketuai oleh Pengurus Operasi PKS di Masjid Seri Jerai, Gurun.


PKS tersebut, katanya, akan mula dibuka dan beroperasi pada 21 hingga 23 April 2023 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


Antara fungsi PKS adalah melakukan engagement dengan pemimpin masyarakat setempat; pusat terimaan aduan setempat sebagai sokongan tambahan; penempatan logistik khas sebagai troubleshooter dan penempatan tangki statik di setiap lokasi PKS.


"SADA juga akan menyediakan lori tangki air dan lori tangki jumbo di kawasan yang berstatus Red Alert dan Pink Alert.


"Penduduk setempat dan pengguna yang ingin mengadu sebarang masalah tentang gangguan bekalan air boleh terus ke PKS tersebut," katanya lagi.


Firadus berharap pihak SADA dapat menyelesaikan isu gangguan bekalan air dengan kadar yang segera supaya penduduk dan masyarakat di Gurun dapat berhari raya dengan lebih baik dan sempurna.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page