Gandingan tokoh lama, baharu perkukuhkan Amanah
- Suara Keadilan
- Feb 14, 2024
- 1 min read

Oleh: Noraini Nordin
AMANAH terus mara mengorak langkah memperkukuh parti tersebut dengan gandingan pemimpin lama dan baharu.
Setelah selesai mengadakan pemilihan kepimpinan di peringkat pusat, kini tiba masanya AMANAH menyusun peneraju di peringkat negeri pula.
Sebagaimana diumumkan Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil, berikut adalah senarai Pengerusi Negeri-Negeri yang dilantik itu.
1. Johor - Aminolhuda Hassan
2. Kedah - Mohd Asmirul Anuar Aris
3. Kelantan - YB Adly Zahari
4. Melaka - Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
5. Negeri Sembilan - YB Datuk MK Ibrahim Abd Rahman
6. Pahang - Mohd Fadzli Mohd Ramly
7. Perak - Datuk Asmuni Awi
8. Perlis - Wan Kharizal Wan Khazim
9. Pulau Pinang - Muhammad Faiz Bin Fadzil
10. Sabah - Lahirul Latigu
11. Sarawak - Abang Abdul Halil Abang Naili
12. Selangor - YB Izham Hashim
13. Terengganu - YB Mohd Hasbie Muda
14. Wilayah Persekutuan - Khalid Abd Samad.
Menurut Faiz, semua pelantikan telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AMANAH dengan mengambilkira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur dalam parti.
Beliau seterusnya yakin pelantikan Pengerusi Negeri baharu ini yang melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat.
"Ini penting bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan di seluruh negara," tegas beliau.
Kommentare