top of page

Gandingan Perpaduan Rafizi, Zambry cerahkan peluang tawan Sg Bakap



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SUNGAI BAKAP: Dua pemimpin yang memiliki figura hebat daripada Kerajaan Perpaduan iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya untuk PRK DUN Sungai Bakap.


Gandingan mantap Rafizi (Timbalan Presiden KEADILAN ) mendepani PRK ini bersama Setiausaha Agung BN, Dr Zambry sebagai pengerusi pastinya mencerahkan lagi peluang calon Perpaduan menawan kembali kerusi DUN Sungai Bakap dengan kemenangan bergaya.


Peranan mereka berdua adalah untuk menyelaras dan menyeragamkan semua gerak kerja kempen di DUN tersebut.


Sebagai langkah tambahan, Kerajaan Perpaduan turut melantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi Operasi Bersama bagi PRK berkenaan.


Kesemua lantikan ini adalah usaha yang sangat konkrit memastikan kerusi DUN Sungai Bakap yang sebelum ini dimenangi Pas ditawan pada 6 Julai nanti.


Hal ini kerana Rafizi dan Dr Zambry selain kedua-duanya berjawatan menteri di peringkat pusat, mereka juga adalah pemimpin yang berpengalaman dalam gerak kerja kempen pilihanraya.


Begitu juga dengan Dr Mohamad dan Musa Sheikh Kadir, dengan jawatan yang mereka pegang di peringkat negeri ia dikira boleh dimanfaatkan untuk menarik lebih banyak undi.


Umum calon awal


Sebagai persiapan rapi tidak seperti PRK sebelum ini, Kerajaan Perpaduan juga mengumumkan nama calon lebih awal iaitu pada malam ini (12 Jun), meskipun hari penamaan calon hanya pada 22 Jun.


Pengumuman lebih awal tersebut akan membolehkan calon memulakan kerja turun padang bertemu dengan pengundi seminggu sebelum beliau disahkan sebagai calon dan menyesuaikan diri ke tengah tengah masyarakat.


Sebelum ini, pada 9 Jun lalu, jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Rafizi di Sungai Bakap.


Oleh kerana semua dilakukan lebih awal, petugas-petugas pilihanraya juga telah berkampung sejak awal Jun di Sungai Bakap. Semangat juang jentera Perpaduan juga ketika ini dilihat agak tinggi untuk menawan DUN tersebut.


Matlamatnya tidak lain, calon KEADILAN yang diamanahkan bertanding di Sungai Bakap ini mesti menang. Semua kekuatan jentera akan disatukan menuju misi memenangi Sungai Bakap untuk mengembalikan momentum sokongan di sebelah utara Semenanjung.

__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page