top of page

Gambar makan nasi Arab jamuan kerabat kerajaan Qatar, 2019 - Hassan



Gambar yang tular memaparkan sosok Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamu selera bersama rakan rakan merupakan gambar lama pada 2019.


Hal itu disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengaku turut serta dalam rombongan keluar negara tersebut dan dijamu oleh kerabat kerajaan Qatar.


"Saya terpanggil untuk membela dan mempertahankan nama baik Perdana Menteri saudara Anwar Ibrahim kerana saya tahu hal sebenar gambar ini, kerana gambar saya pun ada di dalam foto tersebut.

Hassan 4 dari kanan sedang menjamah hidangan

"Ertinya apa yang saya cakapkan adalah fakta sebenar bukannya dengar cakap atau hearsay.


"Gambar ini bukan di Malaysia. Gambar ini gambar lama, sekitar tahun 2019 sebelum Kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir tumbang.


"Gambar ini diambil ketika Anwar Ibrahim dan beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN, Pegawai pegawai Khas Anwar yang ketika itu bukannya Perdana Menteri. Ketua Pembangkang pun belum jadi lagi. Anwar baru menang pilihan raya kecil Port Dickson," katanya dalam kenyataan.


Menurut Hassan lagi, jamuan tersebut diadakan di rumah seorang sheikh kerabat Diraja Qatar.


Katanya, Anwar dan rombongannya sebelum pulang ke Malaysia telah dijemput oleh sheikh tuan rumah itu untuk singgah ke rumahnya sebelum ke lapangan terbang Doha, pulang ke tanah air.


"Sebagai tetamu, Anwar dan rombongannya pun terperanjat dengan hidangan yang hebat seperti dalam gambar itu.


"Kami memahami itu mungkin budaya Arab. Kami makan bersila dalam pinggan yang kecil di hadapan dulang besar dengan nasi Arab berlauk kambing, bukannya unta.


"Ini di rumah Sheikh Qatar bukan di Malaysia.


"Anwar Ibrahim ke Doha, Qatar ketika itu kerana beberapa jemputan," ujarnya.


Hassan membariskan ahli rombongan ketika itu termasuk Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kangar, Mohd Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman dan beliau sendiri. Turut kelihatan dalam gambar itu ialah Allahyarham Abdul Rahman Yusof mantan Ahli Parlimen Kemaman merupakan Setiausaha Politik Anwar ketika itu.


"Anwar ke Doha, Qatar dalam kunjungan itu, pertama untuk memenuhi jemputan Perdana Menteri Qatar.


"Keduanya, Anwar dijemput ke persidangan antarabangsa memperingati tokoh renaissance Islam terkenal bernama Malek Bennabi di Universiti ternama di Doha.


"Selain itu dalam lawatan ke Doha itu, Anwar dan rombongannya menziarahi tokoh ulama Islam terkenal iaitu Sheikh Dr Yusof Al Qardawi," katanya lagi.


Jelas Hassan, sudah agak lama beliau tidak menulis mempertahankan Menteri kerajaan namun fitnah kali ini tidak boleh didiamkan kerana pemfitnah tidak langsung menyemak tarikh dan tempat sebelum membuat tuduhan.


Dalam fitnah yang tular di media sosial tersebut Anwar Ibrahim dan beberapa rakan lain ditohmah sedang menjamu selera serta tidak prihatin ketika rakyat miskin dibekalkan makanan Menu Rahmah dengan harga RM5.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page