top of page

Galakan budaya ilmu di Zoo Negara - PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya ilmu digalakkan dalam kalangan pengunjung Zoo Negara.


Beliau yang merasmikan Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke 60 Zoo Negara Malaysia siang tadi berkata, terutama pelajar yang melawat zoo seharusnya diberi pen dan buku nota kecil untuk mencatat mengenai haiwan yang ditemui agar boleh menambah pengetahuan serta menghargai keseimbangan alam.


Program itu, katanya, harus dimasukkan ke dalam peruntukan yang ditambah kerajaan keseluruhan RM10 juta bagi 2024.


"Mungkin kita (perlu) ada satu sudut Madani di Zoo Negara ini.


"Saya galak guru, ibu bapa beri tumpuan. Bila anak anak lawat Zoo Negara saya harap ada penerangan, latihan, ada kelas. Tetapi pastikan anak anak bawa buku catatan. Penerangan dalam masa 3 - 4 jam tidak mungkin dapat diingat sepenuhnya.


"Bila anak sekolah masuk, sama ada buku catatan atau telefon (taip) mereka boleh dapat maklumat tambahan yang tidak diperolehi di kuliah. Budaya ilmu (perlu ada) di zoo," katanya.


PM menyaksikan flora dan fauna di Zoo Negara

Menurut PM sekiranya Malaysia mahu menjadi negara maju maka perlu ada anjakan paradigma terutama dalam mencari ilmu di mana sahaja dan tidak berkunjung ke zoo hanya untuk berhibur atau melancong.


Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu juga menghuraikan mengenai keseimbangan alam yang diajarkan al Quran melalui mencintai haiwan dan alam sekitar.


"Keseimbangan disebut adalah keseimbangan manusia, haiwan dan tumbuh tumbuhan


"Zoo Negara ini dapat memberi penghayatan makna manusia, haiwan dan persekitaran. Kalau dirosakkan salah satu, kurang keseimbangannya. Kalau haiwan tidak dipulihara akan pupus dan ada kesan persekitaran.


"Zoo Negara ini dapat membawa gambaran kehidupan manusia, haiwan, pokok yang dikawal, dijaga sejak puluhan tahun lalu," katanya.


Anwar dalam ucapannya turut mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor yang meluluskan peruntukan penambahbaikan kepada kemudahan awam di zoo berkenaan.


Begitu juga kepada syarikat besar yang menaja makanan dan keperluan haiwan haiwan di zoo berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page