Gaji RM2,500 golongan M40: Kerajaan perlu kaji semula penyampaian bantuan bersasar



Kerajaan BN - PN seharusnya mengkaji semula klasifikasi pendapatan isi rumah T20, M40 dan B40 yang dibuat pada era pentadbdiran Perdana Menteri Najib Razak.


Hal itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, amat penting kerana pemberian bantuan selepas ini dilapor akan dibuat secara bersasar dan perlulah diagihkan kepada golongan yang benar benar memerlukan.


"Kalau sistem itu elok dan berkesan maka teruskan. Tetapi jika klasifikasi kumpulan sasaran tidak betul maka sekumpulan rakyat yang wajar diberi subsidi akan tercicir.


"Macam mana kerajan dapat (angka) B40 ini, anggaran dari mana dan kenapa ada kelemahan kalau kita teruskan klasifikasi ini?


"Cara mereka menetapkan T20, M40 B40 berdasarkan statistik biasa. Setiap 2 tahun Jabatan Statistik akan buat kaji selidik pendapatan isi rumah. Mereka ambil sample, katakan ada 2 juta sample dan dia akan senaraikan isi rumah pendapatan paling bawah. Atau T20 isi rumah pendapatan 20% paling tertinggi.


"Kemudian dia tengok M40 dan seterusnya (B40)," katanya dalam siri The Ayuh Malaysia Show, malam tadi.


Jelas Rafizi pendekatan klasifikasi era Najib itu kurang tepat berdasarkan individu yang dianggap membawa pendapatan ke seisi keluarga di Malaysia bukanlah seorang tetapi lebih daripada seorang dan tidak pula dikira tanggungannya.


"Penanda aras T20 berpendapatan RM10,960. Golongan ini dia tak kisah berapa banyak yang bawa pendapatan itu.


"Kalau ikut kaji selidik pendapatan isi rumah 2019, purata sumber pendapatan isi rumah 1.8 (pencari pendapatan). Maknanya bukan seorang bawa pendapatan tetapi hampir 2 orang. Kalau T20 itu pendapatan cecah RM10,000 maksudnya isteri gaji RM5,000 dan suami RM5,500 dia sudah T20


"Apa masalah? Kalau kita tahu M40 berpendapatan 4,850, tapi kalau dia dua orang bekerja maka RM2,500 seorang, pendapatan telah dikira M40 dan mereka terus tak dapat bantuan


"Dia dilayan oleh sistem ekonomi dan perkhidmatan kerajaan sama seperti gaji RM17,000. Jadi dari segi itu, bagi saya kalau nak buat subsidi bersasar tak cukup lihat pendapatan isi rumah semata mata. Kalau pun kita letakkan (ke kategori) B60 maka masih lagi tidak menjawab beberapa soalan utama.


"Pertama, soal isi rumah dan berapa tanggungan. Seorang gaji RM6,000 tetapi anak 5 atau mungkin anak ada yang cacat bila ditolak semua tanggungan, pendapatan boleh belanja besar kemungkinan kurang daripada orang bergaji RM5,000 tetapi anak seorang," katanya.


Tegas mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, kerajaan perlu berusaha lebih keras dalam menentukan tanggungan keluarga.


Kaedah memberi bantuan kepada keluarga memiliki tanggungan lebih banyak, katanya lebih tepat berbanding berdasarkan pendapatan semasa.


"Secara konsep bila kita nak buat subsidi bersasar tak cukup berdasarkan isi rumah semata mata. Kita perlu mencari jalan untuk bina pangkalan data yang mengambil kira soal jumlah dalam isi rumah, tanggungan, supaya akhirnya bantuan dapat disasarkan kepada yang betul betul memerlukan.


"Kita perlu ubah dari soal pendapatan kepada beban. Kita nak sasarkan kumpulan betul betul terbeban. Selama ini mereka tengok gaji sahaja," katanya.


Atas sebab itu, kata Rafizi, kerajaan berbelanja RM60 bilion subsidi dan kemudian guna alasan ada keciciran.


Maka timbul hujah T20 guna petrol subsidi. Sebaliknya tambah Rafizi sekiranya T20 itu gaji RM5,500 seorang, cikgu pun dikategorikan perlu guna RM4.90 seliter dan rakyat akan menyaksikan keciciran serta ketidakseimbangan sosiol lebih besar pada masa hadapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER