top of page

Gaji rakyat RM2,000, rumah apa mampu dibeli?



Kerajaan BN - PN tidak pernah memikirkan kesusahan hidup rakyat dengan membiarkan harga rumah melambung tinggi.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari berkata, kebanyakan rakyat biasa mempunyai gaji sekitar RM2,000 dan rumah jenis apakah yang mampu mereka beli dengan kewangan sebanyak itu.


"Kalau nak tahu kemampuan kita boleh beli rumah, tak boleh beli, kira gaji tahunan kita, kali 5. Itulah harga rumah kita boleh beli


"Kalau gaji kita RM2000, kali 12 dan kali 5. Sekitar RM100,000. Itulah rumah yang mampu kita beli


"Sekarang mana nak dapat (harga) macam itu. Macam mana kita nak teruskan kehidupan," katanya dalam ceramah di Melaka malam tadi.


Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang DUN Melaka itu perlu mencontohi polisi PH mentadbir Melaka dengan menyediakan perumahan bersubsidi untuk rakyat marhaen.


"Tetapi kerajaan tak fokus kepada masalah rakyat. Tak ada penilaian, tak ada sistem dan tak mampu menyelesaikan masalah ini


"Kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana nak menyediakan perumahan kepada yang di bandar, anak muda. Dulu kita pernah buat, bukan tak boleh, boleh. Beri rumah sewa kepada anak muda RM150, kita buat.


"Hampir 500 rumah disediakan untuk orang menyewa. Sebab itu saya yakin PH akan beri tumpuan ini. Kita harus memikirkan bagaimana kita boleh beri rumah, bukan sahaja sewa tetapi miliki rumah," katanya.


Satu lagi masalah, kata Adly, ialah keciciran pendidikan dalam kalangan anak anak pasca Covid 19.


Keciciran itu, katanya, serius tetapi kerajaan tidak pula mempunyai polisi yang mantap menanganinya.


"Bila kita hadapi Covid antara cabaran, anak kita sudah tercicir dalam pendidikan.


"Pendidikan aspek yang penting. Kita dalam tawaran harus memberikan tumpuan kepada pendidikan anak anak kita. Bagaimana kita boleh memastikan nak kita kembali mendapat pendidikan terbaik.


"Saya percaya anak anak kita cerdik. Kalau mereka tidak cerdik sebab mereka tidak mendapat pendidikan sempurna," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page