top of page

Gaji progresif mesti selari dasar gaji minimum - Menteri



Sistem gaji progresif yang dilihat paling relevan untuk diamalkan di Malaysia perlu seiring dengan gaji minimum, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.


Bercakap dalam satu sidang media selepas Program Dialog Perburuhan di Kuching pada Sabtu, beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan produktiviti pekerja dapat ditingkatkan namun pada masa sama memberi keuntungan kepada majikan.


Sehubungan itu tambahnya, Gaji minimum RM1,500 yang ditetapkan sebelum ini akan dikekalkan di bawah dasar sistem gaji progresif yang mahu diperkenalkan.


"Gaji minimum RM1,500 adalah paras paling asas, sekiranya kita menurunkan angka gaji minimum, itu bukanlah bersifat progresif tetapi regresif," katanya dipetik.


Khamis lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata dasar sistem gaji progresif diluluskan di peringkat Jemaah Menteri dan butirannya akan dibentang dalam Belanjawan 2024 pada Oktober ini dengan jangkaan pelaksanaan pada April atau Mei tahun depan.


Sistem itu merupakan peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa supaya ia setanding dengan pertumbuhan ekonomi negara.


Sivakumar juga berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi memperinci garis panduan dasar itu turut menetapkan pelaksanaan sistem gaji progresif tidak diwajibkan ke atas semua majikan swasta.


"Apabila kita menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum, ia tidak melibatkan soal produktiviti, oleh itu kita mahukan pekerja yang berkemahiran dan mempunyai bakat mendapat bayaran setimpal sekali gus menjadi nilai tambah dan aset kepada majikan mereka untuk kekal bekerja.


"Pada masa akan datang, majikan secara perlahan-lahan akan menyedari keperluan melaksanakan gaji progresif, jadi untuk peringkat awal, kita akan biarkan majikan membuat keputusan sama ada mereka mahu gunakan sistem gaji progresif atau tidak," tambahnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page