top of page

Gaji penengah meningkat drastik, kenaikan gaji nampakkan hasil - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20
  • 1 min read

ree

Harapan untuk kerajaan mempercepat kenaikan gaji rakyat telah menampakkan tanda-tanda awal dapat tercapai apabila gaji penengah meningkat dengan lebih cepat berbanding sebelum ini.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, jika dibandingkan gaji penengah antara Jun 2023 dan Jun 2024, sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,700, kenaikan gaji kakitangan awam dan gaji progresif, peningkatan tahun ini jauh lebih tinggi.


"Gaji penengah meningkat dari RM2,600 (Jun 2023) ke RM2,745 (Jun 2024) iaitu peningkatan 5.6%, lebih tinggi dari kadar tahunan purata 4.3% (2010–2023)," katanya dalam hantaran di Facebook.

ree

Rafizi berkata melalui Projek Rintis Dasar Gaji Progresif yang berlangsung dari Jun hingga Disember 2024, beberapa dapatan positif diperoleh iaitu gaji pekerja peringkat permulaan meningkat 12.8% manakala gaji pekerja berpengalaman meningkat 9.1%


"Insya-Allah, apabila pelaksanaan penuh kenaikan gaji kakitangan awam, gaji minimum RM1,700 dan sistem gaji progresif dilaksanakan secara menyeluruh, kadar kenaikan gaji penengah rakyat akan lebih tinggi berbanding sebelum ini," katanya.


Terdahulu beliau menyatakan tumpuan utama kerajaan adalah memastikan reformasi pasaran kerja kerana tidak mahu rakyat terperangkap dalam kitaran gaji rendah selama-lamanya.


Usaha itu ditunjangi oleh tiga pendekatan utama iaitu kenaikan gaji kakitangan awam, gaji minimum RM1700 dan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page