top of page

Gaji Pasti: Kementerian Pendidikan tidak campur, patuhi Akta Pekerja



Oleh: Abdullah Zaid


Dewan Rakyat hari ini digemparkan dengan isu gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang didakwa berada di bawah paras gaji minimum.


Menerusi soalan lisan, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) tampil meminta penjelasan sama ada Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membantu nasib guru-guru menerima gaji yang bermaruah.


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pihaknya tidak dapat membantu sekolah berkenaan kerana ia tidak didaftarkan di bawah KPM.


"Pasti tidak didaftar di bawah KPM dan kita ada Akta Kerja 1955, oleh itu saya percaya akta ini haruslah dipatuhi oleh kesemua pihak untuk menjaga kepentingan pekerja masing-masing," katanya.


Sebelum ini, tular satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.


Arahan siasatan tersebut turut melibatkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI kerana membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah kadar gaji minimum.


Guru-guru Pasti didakwa menerima serendah RM500 bergantung yuran dibayar ibu bapa dan kadarnya pula berbeza mengikut kawasan selain dilaporkan tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tidak mempunyai pencen malah tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.


Selain itu mengulas soalan tambahan mengenai kemudahan jalur lebar di sekolah luar bandar, Wong berkata sebanyak 960 buah sekolah telah dilengkapi dengan capaian internet.


"2,775 sekolah disediakan dengan talian jalur lebar manakala 589 sekolah disediakan dengan talian satelit untuk penyediaan infrastruktur sekolah-sekolah luar bandar," ujarnya.


Jelasnya, KPM ketika ini telah menyediakan 367 buah pusat kegiatan guru bagi memastikan pendidikan digital dilaksanakan.


"KPM juga membekalkan peralatan digital dan studio digital supaya para guru dan murid-murid di luar bandar mendapat akses pendidikan digital," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page