top of page

'Gaji minima tidak bawa erti jika harga barang terus naik' - Anwar



Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan BN - PN bersetuju menaikkan had gaji minima pekerja kepada RM1,500 mulai 1 Mei 2022 tidak memberi banyak makna kepada golongan berpendapatan rendah sekiranya harga barang keperluan terus mencanak naik.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Hari Pekerjanya menegur kegagalan kerajaan meneruskan kejayaan pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 yang berjaya menstabilkan harga barang.


Katanya, selagi kerajaan mengutamakan kelas elit dalam tantanan perekonomian Malaysia maka pekerja tidak akan menikmati keadilan.


"Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kelas pekerja di Malaysia.


"Ingin ditegaskan bahawa pengumuman gaji minima yang diumum kerajaan tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya kos sara hidup terus mencanak naik dan tidak ada langkah tuntas dan ampuh bagi menanganinya.


"Selagi sistem sedia ada yang hanya memperkaya elit ketimbang nasib dan hak pekerja (diteruskan), maka keadilan tidak akan tertegak," kata Anwar dalam kenyataan.


Selain itu, beliau juga berharap golongan pekerja akan diberi hak hak mereka terutama dalam menubuhkan kesatuan sekerja bagi mendapatkan persekitaran kerja yang lebih baik.


"Kelas pekerja mesti terus mendesak untuk perubahan yang nyata, serta kesatuan mesti terus diperkuat bagi menjamin hak dan peranan golongan pekerja," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page