top of page

Gaji minima RM1,500: Kerajaan setuju lulus dalam waktu terdekat



Gaji minima RM1,500 yang sering dibahaskan oleh Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat akhrinya diberi kata putus oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan akan diluluskan dalam masa terdekat.


Menteri itu berkata demikian dalam sesi perbahasan menjawab soalan Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson), pagi tadi.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Tapah berkenaan diasak dengan soalan tambahan mengenai pengurangan jumlah pengangguran dan definisi pekerjaan yang digunakan kerajaan mengiktiraf pekerja sambilan sebagai berkerja, sehingga mengecilkan jumlah pengangguran sebenar.


"Saya nak jelaskan bahawa penyusutan peratus (penganguran) itu tidak bermakna penyusutan jumlah kerana jumlah pengangguran antara umur 18 - 24 itu bertambah keseluruhannya


"Yang terlibat dengan guna kerja ini juga termasuk guna kerja tidak penuh, yang mesti dijelaskan dalam kenyataan menteri kerana penjelasan pekerjaan ini juga termasuk guna tenaga tidak penuh (sambilan).


"Ketiga, kita tahu juga gig ekonomi melibatkan golongan muda, unstable and under paid kebanyakannya. Saya minta penjelasan selain inisiatif yang diambil itu, adakah benar penyataan bahawa belum ada penyelesaian yang meyakinkan kepada permasalahan penganguran kerana jumlah ini bertambah.


"Langkah diambil itu ternyata belum mencukupi," kata Anwar dalam soalan tambahan.

M Saravanan

Saravanan menjawab, ketika ini golongan muda lebih berminat kepada pekerjaan dalam sektor gig ekonomi yang boleh memberi pendapatan sehingga RM2,000 berbanding pekerjaan tetap yang mempunyai gaji minima RM1,200.


"Sebab itu saya cadangkan kita akan menguatkuasakan gaji minima RM1,500. Jika tidak belia hanya mengambil kira gig ekonomi yang lumayan.


"Jadi PM setuju naikkan gaji minima dalam masa sebulan dua bulan," katanya.


Kenyataan itu dipotong oleh Datuk Seri Anwar minta penjelasan tepat bilakah tarikh tepat gaji minima akan diluluskan.


"Saya nak tahu bila?" tanyanya tegas.


Bagaimanapun Saravanan berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. Beliau tidak boleh memberikan tarikh kerana perlukan mandat daripada Perdana Menteri.


"Apabila nak umum saya peru dapat mandat daripada PM, maka dalam masa terdekat. Kita di peringkat akhir di mana kita sedang mengkaji sektor mana kita beri kelonggaran sedikit.


"Kita tidak mahu apabila umum gaji minima (diumumkan), saya tidak mahu majikan mengurangkan tenaga kerja dengan alasan perniagaan mereka merosot," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page