Gaji minima perlu naik RM1,500, pendapatan garis kemiskinan RM2,208


Kerajaan BN perlu menaikkan gaji minima daripada RM1,200 kepada RM1,500 dalam kadar segera memandangkan kos kehidupan yang melambung tinggi ketika ini.


Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin, proses melaksanakan semakan gaji minimum yang selaras dengan Akta Perundingan Gaji 2011 itu tidak seharusnya dilajutkan terlalu lama.


"Proses semakan tidak wajar mengambil masa begitu lama untuk dimuktamadkan disebabkan rakyat terus dihimpit dan dibelenggu kenaikan harga barang.


"Tambahan pula, kajian perintah gaji minima ini sepatutnya telah disiapkan pada suku keempat 2021. Sehingga sekarang proses tersebut masih di peringkat kajian, seolah olah kerajaan berdolak dalih dalam pelaksanaan perintah gaji minima," katanya.


Tambah beliau, sekiranya Kementerian Sumber Manusia memerlukan tempoh waktu yang lebih lama, disarankan agar peranan Majlis Perundingan Gaji Negara ( MPGN ) digiatkan bagi mencari mekanisme terbaik demi melaksana dan menaikkan kadar gaji minima tersebut.


"Saya berpendapat, sudah tiba waktu kadar gaji minima dinaikkan jika melihat kepada pendapatan garis kemiskinan tebaru PGK 2019, iaitu RM2,208 bagi pendapatan keluarga," katanya.


Aizuddin turut mencadangkan agar Malaysia menggunakan pengukur baharu kepada pendapatan rakyat dan tidak lagi terikat dengan indikator gaji minima.


"Suka saya mencadangkan agar negara beralih kepada indikator 'Optimal Minimum Wage' menggantikan kaedah yang sedia ada iaitu 'Minimum Wage'. Kaedah ini mengambil kira hak, kebajikan, kebahagiaan dan keselesaan pekerja," katanya lagi.


Selain itu, Aizuddin juga menekankan kerajaan tidak seharusnya mewujudkan senario dwi standard di bandar dan luar bandar dalam perintah gaji minimum. Sebagai contoh, katanya, jika di bandar gaji minimanya RM1500, maka di kampung juga jumlah yang sama perlu dibayar majikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER