top of page

Gagasan Malaysia Madani ikat semua kumpulan Kerajaan Perpaduan



Gagasan Malaysia Madani dicipta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengikat pelbagai parti bersatu untuk memperkasakan pemerintahan Malaysia.


Hal itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam majlis dialog bersama penggiat siber PH dan BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.


Menurut Shamsul, permuafakatan perlu dilakukan kerana para pemimpin tidak mahu ketidakstabilan politik terus menerus melanda negara dan rakyat ketinggalan dari segi kemajuan.


"Permuafakatan ini perlu difaham dalam kerangka besar, kita tidak mahu negara ketinggalan. Kita lihat sepanjang pilihanraya lepas, rakyat melihat kebijaksanaan kalangan pemimpin utama parti untuk melupakan cemuhan sebelum ini untuk memimpin Malaysia


"Sebab itu kalau lihat dari segi prosesnya, PM angkat sumpah, kabinet dibentuk maka beliau tidak tunggu lama. Pada 19 Disember dicabar di parlimen (undi percaya). Kita tunjukkan dalam proses pembentukan kerajaan, kita gunakan parlimen untuk menguji cakap cakap sebelum ini.


"Pembangkang kata ada jumlah, pada waktu undi (percaya) tak ada seorang pun yang bangun dalam parlimen mencabar keputusan itu


"Selapas itu pada Januari digagaskan pula Malaysia Madani. Kenapa ada gagasan ini? Supaya diharapkan dapat mengikat semua kumpulan bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan.


"Pengamal poitik akan bertanya mengapa kita perlu bergabung, ia untuk mewujudkan kestabilan. Proses ini cukup cantik untuk dijadikan model. Kenapa model, kerana negara kita berbanding Indonesia, Singapura dan yang lainnya, mereka negara satu bangsa. Kalau Indonesia 90% muslim Melayu, Thailand satu kaum, Filipina satu kaum," katanya.


Manakala bagi pembangkang yang sering berkata mereka mempunyai jumlah cukup bilang untuk membentuk kerajaan, Shamsul mempersilakan mereka untuk membuktikan di Parlimen.


Dengan akta lompat parti telah berkuatkuasa, tiada cara lain pembangkang boleh menjatuhkan kerajaan kecuali membuat usul percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat.


"Pada saya kalau kumpulan lain ada angka, kita ikut cara PMX. Ada nombor bincang kat parlimen. Jangan sembang kari di luar.


"Kita tahu mereka ini kumpulan pembangkang (asyik membangkang). Saya nak tanya dasar alternatif apa yang boleh menggugat Malaysia Madani ini?" tanyanya.


Beliau juga tidak faham dengan apabila pembangkang sering bertindak melulu menentang dasar kerajaan tanpa memberi cadangan dasar gantian.


Katanya, pembangkang seharusnya mengeluarkan idea yang bernas dan bukan hanya membangkang tanpa cadangan baharu.


"Ketua Pembangkang kata macam macam kepada PM tetapi pembangkang biarlah konstruktif jangan jadi bebal. Apa alternatif? Dalam politik Malaysia ada keterbukan, kerajaan sedia dikritik. Bagi rakyat mereka mahukan hasil, demokrasi itu mesti memenuhi harapan rakyat.


"Justeru laskar siber (yang dikumpul malam ini) bukan hanya untuk memberikan penjelasan dasar kerajaan tetapi juga untuk menjawab dengan tuntas apa sahaja fitnah pembangkang," katanya lagi.


Shamsul bersetuju pembangkang yang sering membuat fitnah tahan pihak berkuasa. Beliau juga menegur pihak parti Melayu dan Islam yang mencaci keterlaluan di media sosial. Katanya, adab Melayu mencaci pun secara berpantun dan bukan secara kurang ajar seperti mana dilakukan oleh cybertrooper pembangkang ketika ini.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page