top of page

Gagal guna Dewan Tunku Canselor: Ada usaha halang debat Anwar - Najib?



Kegagalan pihak Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menjadi tuan rumah debat antara Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak kerana pihak Universiti Malaya enggan membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan, amat dikesali.


Sekumpulan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan KMUM dalam kenyataan media mereka berkata, hal seperti itu tidak wajar terjadi kerana kelulusan program kegiatan persatuan mahasiswa adalah bawah Kesatuan Mahasiswa UM secara penuh bermula tahun 2019, dan prosedur permohonan tempat telah dibuat lebih awal dengan tanpa sebarang halangan sebelum pengumuman Debat Anwar-Najib


Kata mereka, sesuatu yang pelik dan tidak berpatutan apabila urusan melicinkan penganjuran debat tersebut dilengahkan.


Mereka juga tidak menolak terdapat pihak tertentu yang cuba mengganggu penganjuran debat itu agar tidak dilangsungkan.


"Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui beberapa sumber, kami mendapati terdapat keraguan yang wajar terdapatnya usaha campurtangan daripada ‘pihak atasan’ yang cuba menurunkan 'wahyu’ dan memberi tekanan supaya penganjuran debat ini disusahkan dan dihalang daripada mengambil tempat di Dewan Tunku Canselor.


"Atas kepercayaan kepada kebebasan akademik dan kebebasan berkegiatan di kampus, kami bertegas bahawa sebarang usaha untuk mengekang penganjuran program yang berbentuk wacana dan debat adalah satu tindakan yang terkebelakang dan menghina institusi yang seharusnya menjadi pelantar dalam membugarkan penganjuran wacana dan forum yang sihat," kata mereka.


Sehubungan itu mereka menggesa semua pihak yang berkaitan untuk memelihara kebebasan berakademik di kampus dan bukannya tunduk terhadap iltizam politik pihak tertentu.


"Kami juga turut bersolidariti dengan pimpinan KMUM yang sedaya upaya meneruskan tradisi mengangkat kebebasan berakademik di varsiti keramat tersebut," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Fahmi Zainol, Presiden PMUM 13/14; Ammar Atan, Presiden PMUM 14/15; Akmal Hazieq, Presiden KMUM 18/19 dan Haziq Azfar Ishak, Presiden KMUM 19/20 disokong oleh Afiq Ikhwan, Presiden KMUM 20/21.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page