top of page

Bengkel Penerangan, Pengurusan Pilihanraya kukuh persiapan Wanita KEADILAN Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Bengkel Naratif Penerangan dan Pengurusan Pilihanraya Wanita KEADILAN Sabah kukuh persiapan PRN
Bengkel Naratif Penerangan dan Pengurusan Pilihanraya Wanita KEADILAN Sabah kukuh persiapan PRN

Bengkel Naratif Penerangan dan Pengurusan Pilihanraya Wanita KEADILAN Sabah telah berjaya dilaksanakan di Hotel Pan Borneo, Kota Kinabalu dengan kehadiran penuh pimpinan wanita dari seluruh negeri.


Menurut satu kenyataan, program strategik ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah merangkap Adun Inanam, Datuk Peto Galim yang menekankan kepentingan Wanita KEADILAN sebagai tulang belakang parti dalam mendekati rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


"Bengkel ini juga adalah hasil saranan YB Fadhlina Sidek, Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, dalam usaha memperkukuh persiapan Wanita KEADILAN Sabah menghadapi PRN yang akan datang," kata kenyataan itu.


Turut hadir memeriahkan bengkel ialah Naib Ketua Wanita Pusat merangkap Adun Hutan Melintang, Wasanthee A/P Sinnasammy; Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Datuk Ganie Lim serta Setiausaha JPRWP merangkap Exco Wanita, P Umananthini Gnanapragasam.


Dari Sabah, barisan pimpinan wanita yang hadir termasuklah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah merangkap Exco Wanita Pusat, Junaidah Makku; Camelia Jaikop, Siti Norfinnie Mohd Yassin, Pengarah Pilihan Raya Wanita KEADILAN Sabah, Noorzeeta Tamsun serta JPRN Sabah, Kartini Madun.


Bengkel ini turut menghimpunkan pimpinan utama Wanita KEADILAN dari setiap cabang, termasuk Ketua Wanita, Ketua Penerangan, Ketua Komunikasi serta Setiausaha Cabang. Kehadiran menyeluruh ini mencerminkan komitmen Wanita KEADILAN Sabah untuk memperkukuh naratif penerangan, komunikasi politik serta pengurusan pilihan raya.


"Program ini menjadi platform penting bagi memperkukuh solidariti dan kesiapsiagaan jentera Wanita KEADILAN di peringkat cabang dan negeri," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page