top of page

Gagal buka sempadan sebelum 12 Mac, PM tak yakin kekuatan BN - Anwar



Keenganan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuka sempadan Johor - Singapura menjelang hari mengundi pada 12 Mac ini membuktikan BN tidak yakin mereka akan memenangi pilihan raya berkenaan.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya PM yakin dengan sokongan diterima BN maka beliau akan segera membuka pintu sempadan agar 200,000 bangsa Johor yang berkerja di seberang Selat Tebrau pulang mengundi.


"Sebab itu dia tak berani buka ... dia buka 1 April. Kalau dia yakin betul, apa beza dua minggu? Dia tak yakin lah itu.


"Kalau PM Ismail Sabri yakin dia benar benar ada kekuatan, dia boleh buka sempadan sebelum 1 April untuk membenarkan rakyat buat pilihan. Tetapi ratusan ribu itu dia yakin tidak akan memlih BN maka dia akan blok. Maknanya dia tidak yakin (menang mudah)," kata Anwar selepas berceramah di DUN Gambir, petang ini.


Dalam pada itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menekankan perlunya calon yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini setia dengan perjuangan dan bukannya 'katak lompat' yang menyebabkan politik negara tidak stabil dan terpaksa mengadakan pilihan raya pada setiap bulan.


"Orang yang tak ada pegangan itu bahaya. Orang yang pilih dia, pilih PH ke, BN, PN, maka kekalkanlah mandat itu," katanya.


DUN Gambir merupakan kerusi bekas PM Tan Sri Mahiaddin Yassin sebelum ini. Bagaimanapun Mahaiddin tidak bertanding dalam PRN ini. Manakala KEADILAN diwakili oleh calon Naim Jusri yang merupakan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor.





0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page