top of page

Gabunglah bersama PH secara ikhlas, bukan bawa agenda peribadi


Mana-mana parti yang ingin bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) haruslah mempunyai hasrat kerjasama yang ikhlas, bukan sekadar untuk membawa agenda peribadi.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Syed Badli Shah Syed Osman berkata ini kerana ada sesetengah pihak yang hanya ingin bergabung dengan PH untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.


Tanpa mendedahkan nama, Syed Badli menganggap pihak itu masih mempunyai agenda untuk sekali lagi menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.


"Seorang pemimpin parti rakan kononnya berpesan jangan bawa agenda peribadi ke dalam PH termasuk Anwar. Ini nak tanya, siapa yang ada agenda peribadi?


"Anwar atau si dia yang nak naik balik jadi Perdana Menteri kali ke 3? Si dia letak jawatan Perdana Menteri dulu tindakan peribadi ke tak? Dia rujuk tak dengan PH sebelum dia buat tindakan yang akhirnya merugikan kita semua," katanya.


Syed Badli juga mempersoalkan sama ada usul gabungan mega atau grand coalition itu dibuat secara ikhlas atau mempunyai agenda tersembunyi.


"Grand coalition ini ada agenda peribadi ke tak? Kenapa tak pesan pada Warisan dan Pejuang suruh bersatu dengan PH? Pesan juga kepada mereka ketepikan agenda peribadi dan bergabung bersama PH untuk masa depan negara.


"Kecuali korang ada agenda peribadi untuk jatuhkan ketua pembangkang. Maka cadangan pembentukan gabungan baru untuk menjayakan agenda peribadi korang?" soalnya.


Justeru, Syed Badli memberi peringatan bahawa PH tidak akan sekali-kali tunduk kepada agenda peribadi pihak tertentu.


"Kita duduk bukan beerti kita tak boleh berdiri. Jangan sampai akhirnya kita berdiri sendiri. Yang itu baru betul masing-masing buat hal peribadi dan perkukuh parti sendiri," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page