top of page

Gabungan mahasiswa umum 15 tuntutan manifesto pilihan raya



Gabungan persatuan mahasiswa semalam membariskan 15 tuntutan daripada mahasiswa untuk calon atau parti parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut jurucakap gabungan itu, Aliff Naif (gambar, dua dari kiri), Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata sebagai sebuah komponen dalam masyarakat gabungan itu dengan penuh insaf ingin menyatakan tuntutan dan hasrat mereka.


"Kami yakin peranan dan potensi generasi muda tidak harus diabaikan. Kami sedar bahawa masa depan negara terletak di bahu generasi muda.


"Maka kami menyatakan 15 tuntutan kepada bakal bakal calon dan kerajaan yang akan datang bagi memastikan mengangkat agenda generasi muda dapat dilaksanakan," katanya.


Beliau berkata mahasiswa mahu pembaharuan dilakukan parti parti politik dalam PRU kali ini tanpa membariskan calon kluster mahkamah dan juga individu bermasalah.


"Kami menuntut pemilihan calon muka baru yang lebih inklusif dan bebas rasuah


"Mengehadkan tempoh Perdana Menteri hanya 2 penggal seumur hidup


"Mengetatkan kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat serta mengehadkan tempoh perkhidmatan ahli Dewan Rakyat kepada 2 penggal seumur hidup dan penurunan had umur minimum senator Dewan Negara kepada 2 tahun," katanya.


Tuntutan itu, ujarnya juga melibatkan ehwal pelajar dan pendidikan yang perlu diperkasakan oleh kerajaan akan datang.


"Kami menuntut pemansukan Akta Universiti dan Kolej Universiti


"Penubuhan kesatuan mahasiswa nasional dan kesatuan mahasiswa universiti awam serta swasta


"Pendidikan tinggi percuma untuk B40 dan subsidi untuk golongan M40. Insentif subsidi untuk mahasiswa. Polisi kebolehpasaran yang lebih adil dan inisiatif rumah sewa siswa


"Juga perlindungan untuk pelajar latihan industri," katanya.


Selain itu, terdapat beberapa isu lain yang perlu ditangani kerajaan seperti inisiatif menangani kemiskinan haid dan juga kebajikan pekerja ekonomi gig.


Termasuklah perlindungan kepada alam sekitar, usaha menangani darurat iklim dan juga dasar inklusif ke atas Orang Kelainan Upaya.


Kata Alif, tuntutan itu disokong oleh 33 persatuan mahasiawa seluruh negara.


"Kami akan jelajah dari kampus ke kampus untuk sampaikan tuntutan manifesto ini kepada demua mahasiswa seluruh negara.


"Kami akan mulakan secepat mungkin. Mula minggu hadapan dan lokasi kita akan masuk universiti di Lembah Kelang dan luar Lembah Kelang," katanya.


Antara yang menyokong gabungan mahasiswa ialah PKPIM, Harmoni, UIAM, KMUM, Demokrat Uniza, Mahasisawa Amanah, Mahasiswa KEADILAN , Mahasiswa Roket, Ikatan Pelajar Islam Pahang, Persatuan Pelajar Islam Selangor, PKPIM Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Perlis.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page