top of page

Gabungan 20 NGO lapor polis pihak yang babitkan Agong ke mahkamah



Gabungan 20 NGO, termasuk persatuan veteran tentera hari ini membuat laporan polis ke atas pihak-pihak yang berkeras mahukan darurat sehingga membawa Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia ke mahkamah.


Presiden Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN) Mejar (B) Razali Alias yang membacakan kenyataan gabungan NGO itu berkata, pihak yang mengheret institusi istana ke mahkamah ternyata 'menderhaka' kepada Raja-raja Melayu dan negara di atas perlakukan tersebut.


"Kami membuat laporan polis berkenaan isu mempersoalkan keputusan Majlis Raja-Raja dan Yang diPertuan Agong. Isu ini berlegar di media sosial sejak beberapa hari lalu," katanya ketika membacakan kenyataan media di hadapan IPD Dang Wangi, tengah hari tadi.


Menurut Razali, beliau kesal apabila seorang peguam mengheret kerajaan Malaysia dan Agong ke mahkamah selepas baginda enggan mengisytihar darurat yang sebelum itu dicadangkan oleh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Selain itu, katanya, beliau juga menyelar persatuan anak muda di Universiti Malaya yang mempertikaikan keputusan Agong.


"Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan raja berperlembagaan tidak boleh mempertikaikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ianya adalah keputusan terakhir," katanya lagi.


Tegas Razali, tidak wajar rakyat Malaysia mempersoalkan keputusan Agong kerana keputusan Baginda adalah di peringkat tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Kita tak boleh pertikai sama ada di Facebook atau dalam mahkamah. Kalau kita pertikai keputusan Agong bermakna kita menderhaka kepada Agong dan negara.


"Kita punya payung agama, bangsa, negara, payung itu adalah Yang di-Pertuan Agong. Kalau keputusan Agong dipertikai, siapa lagi kita nak percaya?


"Kita dalam pandemik Covid 19, jadi kita dengar keputusan mereka. Rakyat bersama-sama Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Sejak minggu lalu, netizen memperlihatkan komen-komen tidak puas hati apabila seorang peguam Syed Iskandar Syed Jaafar mengheret Yang di-Pertuan Agong ke mahkamah. Laporan media yang menyebut peguam itu cuba menyaman Agong meningkatkan lagi suhu bantahan rakyat Malaysia.


Bagaimanapun, dalam satu laporan berita, Syed Iskandar menafikan beliau menyaman Yang di-Pertuan Agong. Sebaliknya, beliau mendakwa hanya meminta mahkamah menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri dalam soal perisytiharan darurat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page