top of page

Gabenor BNM puji sistem subsidi bersasar ganti subsidi menyeluruh



Langkah kerajaan melaksanakan secara berperingkat pemansuhan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar adalah tepat dan perlu dilaksanakan.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour memuji langkah kerajaan melaksana sistem subsidi bersasar.


Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Jumaat, beliau menyifatkannya sebagai langkah tepat dan perlu dilaksanakan.


Selain terdapat konsensus umum mengenai keperluan peralihan kepada subsidi bersasar daripada subsidi menyeluruh, pelaksanaan subsidi bersasar juga dapat membantu kerajaan menangani ketirisan, selain akan memastikan subsidi disampaikan kepada kumpulan sasaran yang ingin dibantu.


"Namun, sebarang pelarasan kepada subsidi juga harus mengambil kira bahawa terdapat risiko harga tinggi sebagai sebahagian daripada barangan dan perkhidmatan," katanya.


Kerajaan ketika ini sedang membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang bakal memudahkan penyaluran subsidi bersasar mengikut kumpulan pendapatan.

PADU akan mengintegrasikan seluruh pangkalan data kerajaan secara berpusat, mengandungi profil maklumat individu dan isi rumah rakyat Malaysia.


Di samping itu, PADU turut merangkumi pemboleh ubah seperti demografi, pendapatan pekerjaan, status, lokasi dan negeri dan rekod-rekod lain yang berkaitan sebagai rujukan sahih bagi pelaksanaan subsidi bersasar.


Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, PADU akan menjadi penyelaras data antara agensi-agensi sedia ada termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam membantu kerajaan mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

Anwar dilaporkan turut berkata, PADU yang bakal diguna pakai bermula tahun hadapan akan mengumpul maklumat di peringkat isi rumah yang meliputi bilangan isi rumah, rekod pendapatan, tanggungan anak mengikut peringkat pendidikan, lokasi dan bilangan kenderaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page