top of page

G57 lapor polis sebuah portal fitnah KM Hajiji lulus lesen perlombongan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 30
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar (gambar) hari ini tampil mempertahankan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang didakwa terpalit dalam isu kontroversi lesen cari gali mineral di negeri berkenaan.


Zulkarnain menegaskan, Hajiji merupakan sosok yang telah menyelamatkan tanah dan hasil bumi Sabah, namun malangnya beliau kini menjadi sasaran serangan dan fitnah.


''Hanya kerana membatalkan lesen dan tidak mahu menurut kata kartel, beliau telah difitnah dan malangnya, beberapa portal sanggup bekerjasama untuk menyerang beliau.


''Sedangkan beliau telah menyelamatkan negeri Sabah daripada rompakan hasil bumi. Sebab itu kami tampil pada hari ini,'' katanya ketika ditemui pemberita di luar Balai Polis Sri Petaling hari ini.


Satu laporan polis dibuat pihak G57 berhubung isu kontroversi berkenaan bagi memastikan pihak yang memfitnah dikenakan tindakan mengikut saluran undang-undang sekali gus membersihkan nama Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).


Dalam perkara sama, beliau turut menyatakan kekecewaan dengan laporan sebuah portal berita yang memetik nama Hajiji dalam kontroversi tersebut.


''Hari ini kita tampil membuat satu laporan polis dan pada masa sama meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan dapat dikenakan kepada portal berita berkenaan.


''Dalam keadaan terpaksa seperti ini, kita terpaksa buat (laporan polis) kerana portal ini jelas memfitnah dengan tajuk sedemikian yang berupa tuduhan jelik.


''Banyak lagi perkataan fitnah dalam laporan berita itu. Tak perlu saya perincikan, saya fikir semua tahu isi kandungannya,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod sebelum ini pihak berkuasa tanah Sabah menafikan bahawa syarikat Bumi Suria Sdn Bhd — yang dikaitkan dengan bekas pembantu perdana menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak — pernah memohon lesen meneroka mineral di negeri itu.


Penafian ini dibuat susulan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, telah meluluskan lesen tersebut kepada syarikat berkenaan pada tahun lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page