Fuziah Salleh sediakan 3,000 bakul makanan untuk penduduk Kuantan


Ahli Parlimen, Fuziah Salleh menyediakan 3,000 bakul makanan untuk penduduk Kuantan yang memerlukan bantuan.


Katanya, bantuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) untuk setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.


Oleh itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan telah mewujudkan satu talian Hotline khas demi memastikan ada satu saluran khas untuk menerima permohonan.


"Saya ingin memaklumkan bahawa terma rujukan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri ialah bahawa kos setiap bakul berjumlah RM100, termasuk barangan makanan serta kos pentadbiran. Juga barangan makanan di benarkan ada variasi.


"Dengan jumlah yang di peruntukkan tersebut maka ia bermaksud pihak kami boleh mengedarkan sebanyak 3000 buah bakul makanan sepanjang tempoh PKP yang di jangkakan akan berpanjangan sehingga beberapa bulan lagi.


"Syarat kelayakan yang kami tetapkan ialah alamat rumah pemohon berada di dalam kawasan Parlimen Kuantan. Segala permohonan dari luar kawasan akan di salurkan balik kepada kawasan Parlimen masing-masing.


"Oleh kerana permohonan begitu banyak maka pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan meminta pemohon mengisi borang google form yang boleh didapati melalui Talian Hotline kami. Ini untuk memastikan tiada yang ketinggalan nanti. Saya pohon kefahaman dari pemohon untuk kami memberikan khidmat yang terbaik," katanya.


Sejak talian hotline dimulakan pada 1 Julai lalu, Fuziah memaklumkan bahawa dalam masa 24 jam pihaknya telah menerima sebanyak 232 permohonan.


"172 merupakan penduduk dalam kawasan Parlimen Kuantan, manakala 37 permohonan dari kawasan Parlimen Indera Mahkota dan 23 dari Parlimen Paya Besar. Buat makluman juga Hotline ini akan beroperasi pada waktu yang di khususkan.


"Saya pohon kerjasama dari semua pemohon untuk mengisi Google Form yang disediakan. Ianya bukan untuk menyusahkan akan tetapi untuk memastikan tiada yang ketinggalan.


"Saya faham rakyat dalam keadaan terdesak dan kami sedang berusaha sedaya upaya. Saya juga akan memastikan sukarelawan kami berikan perkhidmatan yang terbaik. Juga didoakan semoga semua warga Parlimen Kuantan dalam keadaan selamat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER