top of page

Fuziah lancar tabung wakaf 'FoodBank Wakaf Rahmah'



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Selasa melancarkan tabung wakaf untuk pembelian mesin retort pembungkusan makanan bagi menjayakan program FoodBank Wakaf Rahmah.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh dalam ucapan pelancaran itu berkata pihaknya komited mempergiatkan usaha membantu rakyat yang memerlukan termasuk dengan memanfaatkan lebihan makanan selamat melalui kaedah pembungkusan yang memanjangkan jangka hayat makanan.


"Teknologi pembungkusan makanan secara retort telah diperkenalkan dan merupakan satu teknologi pembungkusan makanan yang menggunakan teknik aseptik iaitu bebas dari sebarang mikrorganisme membiak.


"Jangka hayat lebihan makanan yang melalui proses retort ini mampu ditingkatkan antara 18 hingga 24 bulan.


"Inisiatif ini dapat membantu rakyat dan pengguna dalam memanfaatkan lebihan makanan yang masih elok dan selamat untuk dimakan daripada dibazirkan," katanya di Putrajaya.


Tambahnya sejak projek rintis ini dilaksanakan pada Mei 2022 sebanyak 7,566 pek makanan retort telah dihasilkan dan telah memanfaatkan pelajar B40 di kampus.


Sehingga kini, katanya, Sekretariat Food Bank Malaysia di bawah KPDN telah berjaya menempatkan tiga belas (13) mesin retort di sepuluh (10) buah negeri Rakan Strategik Utama telah mendapat manfaat daripada inisiatif program ini.


"Pada 6 Mac 2023, Yayasan Waqaf Malaysia telah menyumbang dan memasang sebuah mesin pembungkusan makanan retort di Putrajaya Hotel Marriott khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar UNITEN Bangi.


"Dana diterima daripada Yayasan Wakaf sebanyak RM40,000, sebelum ini menggunakan dana kerajaan.


"Bayangkan jika wakaf Rahmah ini berjaya membuat penjimatan di aspek ini, hanya untuk satu universiti atau IPT, maka saya percaya lebih banyak lagi kejayaan wakaf yang akan tercetus dengan model sebegini.


"Justeru itu, saya melancarkan tabung wakaf untuk pembelian mesin retort untuk membolehkan orang ramai turut sama membantu Kementerian menjayakan FoodBank Wakaf Rahmah," katanya dalam ucapan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page