top of page

Fuziah lancar Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pada Khamis melancarkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM).


Pada ucapannya, Fuziah berkata, rakyat wajar berbangga menggunakan barangan tempatan dan tidak seharusnya terus dijajah dengan produk-produk keluaran luar negara.


Barangan buat Malaysia jelasnya memerlukan sokongan semua pihak dan untuk itu kempen tersebut telah dilaksanakan bagi menjayakannya.


"Satu daripada objektif utama KBBM adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri dengan menyokong produk barangan kita sendiri. Kitalah penggerak dalam memastikan barangan Malaysia ni dapat pergi lebih jauh dan dikenali sehingga ke peringkat Antarabangsa


"KPDN selaku peneraju utama bagi KBBM sentiasa komited dalam memastikan produk atau jenama Malaysia dapat diperluaskan pasarannya menembusi pasaran dalam dan luar negara," katanya pada pelancaran kempen peringkat Lotus's Malaysia di Lotus's Cheras .

Mengenai kerjasama dengan Lotus's Malaysia yang telah memasuki tahun keenam tahun ini, Fuziah berkata kerjasama itu banyak memberi impak positif terhadap pembangunan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) negara.


Beliau berkata menerusi inisiatif berkenaan, Lotus’s Malaysia berjaya mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan pada 2022 dengan jumlah jualan mencecah RM40.1 juta berbanding RM34.6 juta pada 2021, manakala nilai unit penyimpanan stok (SKU) turut meningkat dari 1,633 SKU pada 2021 ke 1,687 SKU tahun lepas.


Peningkatan hasil jualan dan SKU melalui inisiatif KBBM itu juga menurutnya telah menunjukkan bahawa Lotus’s amat komited dalam membantu usahawan tempatan walaupun berdepan dengan pasca Covid 19 mahupun isu kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia.


"Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan atas usaha yang dilaksanakan oleh Lotus’s Malaysia dalam membantu mengurangkan beban rakyat dengan meneruskan Inisiatif Menu RAHMAH di kesemua medan selera Lotus’s dan juga pemberian Bakul RAHMAH.


"Selain dari menjalankan perniagaan yang dapat menjana keuntungan yang sihat, adalah penting bagi kita untuk menghulurkan bantuan kepada golangan yang amat memerlukannya.


"Saya berharap agar pihak Lotus's terus menyokong inisiatif Kerajaan melalui KPDN seperti KBBM dan dalam pelaksanaan Jualan RAHMAH dan Menu RAHMAH secara berterusan," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page