top of page

Fuziah jamin bekalan makanan cukup sepanjang Tahun Baharu Cina



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi.


Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, KPDN akan memainkan peranan bagi memastikan bekalan makanan terus stabil dan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan barang keperluan utama.


"Pada 8 Februari ini, kita akan turun ke beberapa lokasi bagi memeriksa bekalan sebelum menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.


"Kita tiada masalah bekalan, gula, ayam dan (lain-lain) keperluan mencukupi," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke program sambutan Tahun Baharu Cinadi sebuah pasar raya di Kuantan pada Ahad.


Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Pahang, Sim Chon Siang yang turut hadir ke program itu turut memaklumkan penganjuran Jualan Makmur di seluruh Pahang pada 7 dan 8 Februari ini.


"Kerajaan Pahang telah memperuntukkan hampir RM500,000 bagi mengadakan Jualan Makmur di 90 lokasi di negeri ini.

"Saya harap dengan bantuan kerajaan bagi sempena Raya Cina ini untuk meringankan beban kepada rakyat," ujarnya sambil menjangkakan lebih 200,000 rakyat Pahang akan mendapat manfaat daripada jualan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page