top of page

Fuziah agih bakul makanan Yayasan Madani kepada NGO

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 4, 2024
  • 1 min read

Updated: Apr 5, 2024



Beban kehidupan golongan kurang berkemampuan dikurangkan oleh Kerajaan Madani melalui sumbangan bakul makanan pada Ramadan kali ini.


Terbaharu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Senator Fuziah Salleh melalui Yayasan Madani menyampaikan sumbangan lebih 200 kotak ihsan kepada beberapa NGO pada Rabu.


Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar, dua dari kanan) menerima sumbangan berkenaan bagi pihak Otai Reformis kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan.


Fuziah dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu berkata, usaha kebajikan seperti agihan kotak ihsan yang mengandungi barangan asas makanan itu adalah sebahagian daripada matlamat Kerajaan Madani menangani kos hidup anggota masyarakat ketika ini dan bersesuaian dengan semangat Aidilfitri yang bakal menjelang.


Majlis serahan tersebut berlangsung di pejabat Timbalan Menteri KPDN di Putrajaya. Turut serta ialah wakil IKRAM Hulu Selangor, Ramley Mey (kiri sekali) dan pempengaruh Eddie Arman (dua dari kiri).


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page