top of page

FoodbankJB bantu keluarga kibar bendera putih

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 2, 2021
  • 1 min read

ree

Krew #FoodbankJB telah membantu sebuah keluarga yang mengibarkan bendera putih di Larkin, semalam.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, krew terbabit terlihat sebuah unit pangsapuri mengibarkan bendera putih.


"Mereka bergegas menuju ke situ dan mendapati 2 buah keluarga yang tinggal di rumah tersebut terputus bekalan makanan.


"Apabila ditanya, bendera putih baru dikibarkan, dan keluarga itu telah kehilangan pendapatan sejak PKP bermula dan tidak tahu hendak mendapatkan bantuan di mana.


"Sukarelawan menyerahkan sumbangan makanan serta nombor telefon Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru sekiranya ada apa-apa yang dibantu pada masa akan datang," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page