top of page

Fokus utama Kerajaan Perpaduan beri lebih bantuan kepada rakyat



Fokus utama Kerajaan Perpaduan sepanjang 2024 adalah untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, meskipun ekonomi dunia tidak menentu pada waktu ini namum hal itu tidak melemahkan tekad kerajaan bagi memastikan rakyat, terutama golongan bawahan hidup selesa.


"Kerajaan Perpaduan akan memberi fokus bagi menjayakan reformasi fiskal agar struktur kewangan negara kekal mampan dan boleh memberi banyak ruang bagi memberi bantuan kepada rakyat.


"Dengan usaha kerajaan dalam pemulihan ekonomi, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.


"Sasaran utama untuk pengecualian subsidi merupakan pendekatan utama dalam usaha reformasi ekonomi Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.


Tambah Syed Ibrahim, dalam usaha bersepadu mengurangkan beban hidup rakyat, kerajaan telah pun meluaskan pelbagai skim bantuan antaranya seperti program MySARA, Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Awal Persekolahan, Pekebun Kecil Getah, Pesawah Padi dan sebagainya.


Katanya, sebagai contoh tahun 2023 perbelanjaan subsidi dan bantuan rakyat telah pun menjangkau RM80 bilion.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page