top of page

Fokus tadbir kerajaan, tidak perlu PRU16 dalam masa terdekat - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 1 min read
DS Anwar berucap di Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
DS Anwar berucap di Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Keutamaan Kerajaan Persekutuan ketika ini ialah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha memastikan pelaksanaan dasar serta tanggungjawab pentadbiran berjalan dengan baik.


Mengulas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin lalu, beliau berkata, hal itu merupakan keputusan dan pertimbangan Kerajaan Negeri dan beliau tidak melihat ada keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam masa terdekat.

"Ia adalah keputusan mereka. Kami (kerajaan) mempunyai keutamaan kami. Kami fokus pada kerja kami (mentadbir negara)," katanya dipetik.


Perdana Menteri ditemui media selepas Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di Kuala Lumpur pada Khamis.


Isnin lalu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa semalam, sekali gus memberi laluan kepada PRN ke-16.


Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan PRN.


Sebagai rekod, Anwar dalam satu acara bersama ketua-ketua Pengarang Media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada 17 Disember lalu menolak sebarang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum (PRU) mengejut pada 2026.


Beliau menegaskan keutamaannya adalah meneruskan pelaksanaan reformasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat.


Pada April lalu, Anwar menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama dalam mencari penyelesaian ketika berdepan krisis tenaga global.


Beliau menegaskan bahawa situasi semasa bukan berkaitan pertarungan politik, sebaliknya semua pihak perlu bersabar dan memberi tumpuan kepada usaha menangani cabaran negara.

1 Comment


top game
top game
Jun 05

I found eggy car through a gaming forum recommendation and ended up playing much longer than expected. Unlocking new vehicles keeps the gameplay interesting.


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page