top of page

Fokus harus kepada kematian akibat Covid, 250 orang sehari - Anwar


Kemelut politik tidak seharusnya menjejaskan usaha memerangi pandemik Covid 19 yang meragut nyawa 250 orang pesakit sehari.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangannya di atas peningkatan kes harian Covid yang mencecah 20,000, dan terus gagal ditangani oleh kerajaan Perikatan Nasional.


"Kemelut politik (malangnya) berterusan walaupun fokus kita seharusnya angka kematian yang mencecah 250 dan kes positif hampir 20,000 sehari.


"Ramai yang kita kenal, keluarga, sahabat, sama ada mereka atau keluarga mereka terkorban. Sementara itu, kalangan barisan hadapan lelah dengan tekanan kerja dan permasalah berbangkit dari kekurangan kemudahan di hospital dan di klinik.


"Vaksin meningkat sedikit tetapi kerana kita ketinggalan 5 - 6 bulan. Kalau dengar media propaganda, kejayaan vaksin hari ini maka lupa bahawa yang positif 20,000, yang terkorban 250 setiap hari akibat kecuaian kita sekian lama.


"Setahun yang lalu, kalau lihat kenyataan saya di Facebook menggesa, merayu, mendesak supaya beri tumpuan terhadap vaksin dan mesti ada strategi pasca Covid.


"Tetapi kerana keangkuhan kuasa dan tamak haloba, perkara ini dibiarkan berterusan mengulangi langkah yang sama. Mengambil tindakan memihak dan kenyataan seolah-olah berdasarkan data dan sains tetapi memilih keadaan," katanya dalam siaran media petang ini.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, kemelut politik terkini menyulitkan keadaan negara dan ditambah parah apabila penjawat awam sibuk untuk mencampuri atau sukacita menjadi kuda tunggangan para pemimpin Perikatan Nasional yang berhempas pulas mengekalkan kuasa.


"Ini yang sungguh mengaibkan kita sebagai satu negara. Parlimen diarah tutup 2 minggu (akibat Covid) tetapi (kakitangan) boleh hadir, kilang dibuka. Walhal kalau dilihat dari segi peratusan, kesan (jangkitan Covid) di Parlimen jauh lebih rendah daripada di kilang," sinisnya.


Pengerusi Pakatan Harapan itu tegas menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang gagal menunjukkan keabsahan sejak hari pertama mentadbir sehingga menyukarkan sebarang langkah serius untuk memerangi Covid 19 secara total atau memulihkan ekonomi negara dengan kemasukan pelaburan asing.


"Kalau negara macam ini, tidak boleh ditadbir dalam keadaan keabsahan dipertikai.


"Siapa nak datang melabur. Yang berlaku sekarang adalah kelulusan tender (agih kepada kroni). Berebut tender. Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan berebut tender siapa cepat.


"Ada tender rundingan terus...... Dari segi kaut harta berterusan. Masalah rakyat sebaliknya tidak terkendali," kata Anwar lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page