Fokus Bukit Batu lebih selesa, kondusif, progresif untuk didiami - Arthur
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Arthur Chiong Sen Sern (gambar), calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.51 Bukit Batu, merayu sokongan berterusan pengundi dalam PRN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Menurutnya, sokongan tersebut bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat kepada masyarakat untuk satu lagi penggal dan menyelesaikan agenda dibawakan sebelum ini.
"Saya akan terus berusaha menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi penduduk termasuk masalah jalan raya, infrastruktur serta kemudahan awam dengan membawa perkara itu kepada pihak berwajib.
"Fokus utama saya fokus adalah meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menjadikan Bukit Batu sebuah kawasan yang lebih selesa, kondusif dan progresif untuk didiami," katanya.
Dalam masa sama beliau turut berikrar untuk terus membawa suara golongan muda, khususnya dalam aspek peluang pekerjaan, pendidikan, sukan dan rekreasi.
Pada PRN Johor 2022, Arthur memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi
Pada PRN Johor kali ini, Arthur berdepan saingan lima penjuru menentang R.K. Kumaran (Barisan Nasional), M. Premanand (Ikatan Demokratik Malaysia – MUDA), G. Tamili (Parti Bersama Malaysia) dan calon Bebas, Datuk Kamaruzaman Ali.
Minggu lalu, Arthur tampil menggariskan tujuh tekad yang disifatkan sebagai komitmen beliau untuk menyelesaikan isu utama di kawasan Bukit Batu.
Antara tekad tersebut ialah mewujudkan Jambatan Kerjaya Industri Pusat Data dengan memperluaskan program peningkatan kemahiran melalui HRD Corp dan pemerkasaan industri pelancongan DUN Bukit Batu menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan agensi berkaitan.
Selain itu beliau akan memperluaskan kemudahan serta kapasiti sekolah bagi menampung pertambahan penduduk, selain menyediakan kelas tuisyen percuma bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.




Comments