top of page

Fitnah skandal projek RM10 bilion: MB Amirudin saman Sanusi



Menteri Besar Selangor (MB) Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menegaskan akan menyaman MB Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang memfitnah kononnya beliau memberikan seluas 600 ekar tanah kepada pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek Sungai Klang bernilai RM10 bilion.


Menurut Amirudin, tuduhan yang dilontarkan oleh Sanusi dalam ceramah di Jitra itu jelas satu fitnah dan merosakkan nama baik beliau.


"Saya telah meneliti ucapan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.


"Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga

kini.


"Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan tersebut," katanya dalam kenyataan petang ini.


Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, tuduhan tersebut tidak wajar dibuat kerana telah dijelaskan dalam sidang Dewan Negeri yang lepas.


Katanya, Sanusi tidak sepatutnya menggunakan apa sahaja hujah untuk menang dalam pilihanraya tanpa mempedulikan kesahihannya.


"Perkara ini (isu projek) telah saya perincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Negeri tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac 2023.


"Justeru saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page