top of page

Fitnah salahguna dana kementerian, Rafizi saman Ketua Pemuda Bersatu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15, 2024
  • 1 min read

ree

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.


Ia berikutan dakwaan Ketua Pemuda Bersatu tersebut bahawa Rafizi menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.


"Saya telah mohon pasukan peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap @wanfayhsal kerana membuat fitnah terbuka bahawa saya membela macai iaitu saya membayar 'cybertrooper' (tentera siber) dan saya menyeleweng duit kementerian membayar 'cybertrooper'," tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Sabtu.


Sebelum ini, seorang pengguna X mendakwa seorang individu yang mempunyai pengikut TikTok yang ramai menerima bayaran daripada Kementerian Ekonomi kerana kandungan mereka.


Sebagai respons, Wan Fayhsal dalam komen di posting itu mendakwa individu itu antara pengikut Rafizi.


Sementara itu Rafizi menegaskan, beliau tidak pernah saman sesiapa, namun fitnah Wan Ahmad Fayhsal adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page