top of page

Fitnah Saifuddin: Setiausaha Menteri KDN buat laporan polis



Satu laporan polis difailkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) terhadap dua pemilik akaun di laman sosial.


Ia berhubung kenyataan fitnah dan tohmahan dibuat mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang disifatkan sebagai satu usaha jahat untuk menjatuhkan reputasi menteri terbabit.


"Kalau ikutkan banyak yang kita lihat sebelum PRU DUN tempoh hari, di laman tiktok dan Facebook berkenaan dengan fitnah tetapi sejak akhir-akhir ia semakin menjadi-jadi.


"Dalam laporan polis, saya hanya masukkan dua saja dan saya juga maklum kepada pihak polis tadi bahawa masih ada lagi laman-laman sosial yang lain yang membuat fitnah tentang kenyataan yang dimaksudkan," kata Muhammad Zakwan Mustafa Kamal.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat.


Terdahulu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan isu tular yang mendakwa 54,000 warganegara China yang memohon kerakyatan negara ini.


JPN dalam satu kenyataan berkata petikan yang ditular itu telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika sidang akhbar pada 9 Januari lepas sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page