top of page

Fitnah jelik PM: AMK buat laporan qazaf kepada JAWI



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia petang ini membuat laporan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berhubung fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sidang Parlimen pada Selasa minggu lalu.


Menurut Ustaz Ashraf Hadi (gambar, kanan) dari Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK Malaysia, fitnah jelik yang dilemparkan oleh ahli politik, kemudian diikuti penyokong mereka di media sosial tidak boleh dibiarkan berleluasa dan sewajarnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama demi menjaga maruah PM.


"Bila kita lihat keadaan amat mendukacitakan kerana melampaui adat masyarakat Malaysia yang terkenal berbudi bahasa, maka AMK Malaysia membuat satu laporan qazaf pada petang ini kepada 2 individu yang mana menulis secara terang terangan berkenaan isu liwat dan sebagainya


"Kenyataan yang dibuat itu merupakan satu tuduhan qazaf, iaitu apabila seseorang menuduh seseorang berzina atau meliwat mestilah dia mengemukakan 4 saksi. Namun (dalam kes ini) pihak yang menuduh atau melakukan qazaf mengeluarkan fitnah kepada PM (tanpa 4 saksi), yang mana akhirnya menyebabkan masyarakat kita yang berbeza pandangan dengan pihak kerajaan telah mempercayai tuduhan tersebut.


"Sedangkan perkara ini (tuduhan liwat) dalam Islam amat menitik beratkan soal maruah seseorang yang perlu dipelihara. Malangnya pihak pembangkang yang berbeza pandangan, mereka gunakan isu ini untuk dijadikan modal politik dan akhirnya melakukan qazaf kepada Anwar," kata Asraf dalam sidang media di hadapan pejabat JAWI petang tadi.


Bersama beliau adalah Timbalan Pengerusi Pusat Usahawan, Datuk Badrul Hanif (gambar, kanan) yang turut serta membuat laporan qazaf.


Menurut Badrul, JAWI sewajarnya bertindak tegas berhubung jenayah qazaf kerana jika dibiarkan maka lebih banyak pihak yang akan bermudah mudah menuduh orang lain melakukan perkara keji tanpa membawa saksi.


"Qazaf ini satu fitnah menggugat maruah seseorang, pihak pelaku (Ahli Parlimen Putrajaya) walaupun membuat kenyataan dalam parlimen tetapi benda ini telah ditularkan, disebarkan dan kita melihat ini suatu yang mendukacitakan.


"Kita minta YB Radzi Jidin fokus kepada kerja Ahli Parlimen dan tidak perlulah membuat fitnah. Jadilah pembangkang berkaliber membuat semak imbang.


"Kita minta juga ulama Pas beri nasihat kepada YB Radzi, kerana mereka lebih arif dengan hukum qazaf ini," katanya.


Laporan qazaf dibuat berdasarkan Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page