top of page

Fitnah dana TEKUN disalahguna anjur program pro reformis - Abdullah Sani



Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menafikan kenyataan seperti didakwa oleh aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) di media sosial kononnya berlaku salah guna dana TEKUN Nasional untuk menganjurkan program bersama aktivis Reformasi.


Menurut Abdullah Sani, program TEKUN yang dianjurkan pada 14 Oktober lalu (gambar atas) lalu adalah untuk usahawan kecil dan boleh dihadiri sesiapa sahaja yang berminat.


Tidak menjadi kesalahan, katanya, aktivis reformasi untuk ikut serta mendengar taklimat malah meminjam dana sekiranya layak.


"Untuk makluman saudara, program ini adalah sebahagian daripada siri jelajah taklimat pembiayaan TEKUN Nasional.


"Saya menerima banyak permintaan dari pelbagai pihak untuk mengadakan program seperti ini. Ini merupakan program taklimat ke 11 yang saya anjurkan selepas mempunyai peranan di dalam TEKUN Nasional.


"Program yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur ini bukan sahaja dihadiri oleh para aktivis reformis yang ingin mendapat maklumat berkenaan pembiayaan TEKUN Nasional tetapi juga dihadiri oleh NGO, usahawan dan bakal usahawan yang bukan dari kalangan aktivis reformis," kata Abdullah Sani dalam kenyataan.


Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan telah menyediakan peruntukan besar buat membangunkan usahawan makro melalui TEKUN dengan dana berjumlah RM330 juta pada 2023 dan tambahan RM110 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM440 juta.


Katanya, TEKUN Nasional meletakkan sasaran pembiayaan tahun ini sebanyak RM 1.1 bilion dengan menggunakan tambahan modal dalaman.


Oleh itu, kata beliau, pelbagai seminar dan ceramah diadakan bagi tujuan menguar uar dana TEKUN kepada bakal pemerima yang layak untuk mengembangkan perniagaan mereka.


"Tidak timbul isu berapa jumlah wang untuk usahawan kecil hangus dibelanjakan untuk anjuran program seperti ini.

Tuduhan saudara Chegu Bard ini adalah bersifat fitnah dan ianya satu tuduhan jahat.


"Video yang disertakan (ucapan aktivis Reformasi) dalam posting tersebut juga bersifat cacat kerana telah dipotong dan tidak menggambarkan maksud sebenar konteks ucapan tersebut.


"Ucapan di dalam video itu pula bukanlah mewakili pihak TEKUN Nasional," kata Abdullah Sani lagi.


Justeru beliau memberi tempoh 24 jam kepada Chegu Bard untuk menurunkan hantaran tersebut dan memohon maaf secara terbuka.


Sekiranya gagal maka tindakan undang undang akan diambil ke atas fitnah yang telah dibuat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page