top of page

Firdaus iringi Timb Menteri PETRA lawat projek solar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 14, 2024
  • 1 min read

ree

Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari baru baru ini sempat mengiringi Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasir melawat projek ladang solar di Bukit Selambau, Kedah.


Menurut Firdaus, projek solar itu membuka lembaran baharu bagi penjanaan tenaga hijau di Kedah dan merancakkan lagi pelaburan syarikat asing ke negeri itu.

ree
Firdaus (kiri) turut sama meninjau projek solar

"Mengiringi Timbalan Menteri PETRA, YB Akmal Nasir yang mengadakan lawatan kerja di Tenaga Bukit Selambau Solar (TBSS), Bukit Selambau, Kedah.


"Ketibaan YB Timbalan Menteri disambut oleh TNB Chief New Energy Officer, Mohd Zarihi bersama para pegawai Suruhanjaya Tenaga dan TNB.


"YB Timbalan Menteri sebelumnya diberikan taklimat dan dibawa melawat Bilik Kawalan TBSS," katanya.


Untuk rekod, pelaburan syarikat teknologi dari Barat mensyaratkan tenaga dijana daripada sumber boleh diperbaharui sebelum menanam modal.


Kedah pula menupakan negeri yang mempunyai sinar matahari yang banyak seperti Perlis, utara Kelantan, Pulau Pinang dan utara Perak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page