top of page

Filem Anwar: Yang penting kezaliman didedahkan kepada rakyat - Hassan



Tohmahan penyokong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan ke atas filem Anwar: The Untold Story sebagai meloyakan tidak sewajarnya berlaku.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, filem perjalanan Anwar tersebut dibuat mengikut fakta yang tepat. terutama babak Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.


"Kenapa kata filem 'Anwar: The Untold Story' itu meloyakan?


"Cerita tentang Anwar Ibrahim dalam filem itu benar. Bukan direka-reka. Saya dah tonton filem itu semalam 18 Mei 2023 di sebuah panggung wayang di Pasir Gudang.


"Saya tahu cerita dalam filem itu benar kerana saya turut terlibat dalam gerakan reformasi menyokong bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dipecat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir pada September tahun 1998.


"Dalam lokap nombor 6 di Bukti Aman, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor telah menyerang Anwar Ibrahim yang matanya ditutup sehingga cedera pada muka dan mata.


"Fakta kejadian serangan Ketua Polis Negara terhadap Anwar di dalam lokap Bukti Aman adalah benar," katanya dalam satu kenyataan.

Hassan menonton filem Anwar

Tegas Hassan, kes serangan tersebut telah pun dibicarakan di Mahkamah Jenayah di Kuala Lumpur dan Mahkamah mendapati Rahim Noor, Ketua Polis Negara bersalah kerana mencederakan Anwar.


"Kalau fakta yang saya sebut ini salah, saya jemput bekas Ketua Polis Negara supaya saman saya di Mahkamah.


"Jadi Khairuddin jangan menghina hasil kerja seni filem Anwar: The Untold Story tersebut. Filem itu berdasarkan sejarah yang benar.


"Yang memualkan dan meloyakan bukannya filem itu tetapi peri lalu kebinatangan pihak berkuasa dan elit berkuasa pada waktu itu yang bertindak zalim terhadap Anwar," katanya.


Hassan juga mencabar sekiranya sejarah tentang kecederaan yang dialami Anwar yang diceritakannya tidak betul maka sesiapa sahaja boleh menyamannya di mahkamah.


"Kami aktivis reformasi zaman itu hampir 25 tahun yang lalu masih bernyawa dan kini menjadi saksi hidup yang mengetahui kezaliman dilakukan oleh regim Perdana Menteri yang keempat itu," katanya.


Sebaliknya, bagi Khairuddin, Hassan menasihatkan agar beliau membuat sebuah filem tentang Tun untuk menyaingi filem Anwar.


Di dalam negara demokrasi, katanya, Khiaruddin bebas untuk menyanjung dan membuat filem terhadap tokoh yang disanjungnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page