top of page

Filem Anwar selesai penggambaran pada waktu Anwar diangkat PM 10

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 4, 2022
  • 1 min read


Filem kontroversi berjudul Anwar yang memaparkan perjuangan politik tokoh karismatik Asia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kerajaan Malaysia sebelum dijatuhkan pada 1998 telah selesai menjalani proses penggambaran.


Menurut Produser Eksekutif filem berkenaan, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, proses akhir penggambaran di Indonesia telah pun disudahi pada minggu Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di Malaysia.


"Tanggal 24 November setelah berjuang selama 24 tahun, cita cita Pak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sudah tercapai. Perlu diingat, anda semua mendukung filem ini ketika Anwar masih lagi dianggap musuh negara


"Ertinya anda semua mengambil risiko besar dan menyahut kata kata Pak Anwar yang kita masukkan dalam filem ini 'kalau takut risiko, usah bicara soal perjuangan'," katanya dalam siaran media yang mengandungi cuplikan kisah di belakang tabir pembuatan filem berkenaan.


Salah satu adengan Unit Tindakan Khas menyerbu masuk kediaman Anwar pada 20 Sept 1998

Tambah Zunar sebaik sahaja filem berkenaan selesai, sesiapa yang terlibat sama ada pembuat filem dan malah rakyat di Malaysia yang menyokong perjuangan Anwar telah menjadi sebahagian daripada sejarah gemilang tanah air.


"Sekarang Anwar sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 dan anda semua turut menjadi sebahagian dari orang orang yang mencipta sejarah," katanya.


Dalam klip tersebut, Zunar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelakon, pemain, sutradara, tim kamera, wardrobe, kru teknik malah semua yang terlibat menjayakan filem berkenaan kerana mengambil risiko dalam menjayakannya.


Filem Anwar dibintangi Farid Kamil sebagai pemeran utama, juga Acha Septriasa dan lain lain.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page